Thursday, May 10, 2012

Singgang Sepedas Ikan


Bagi penyediaan yang pantas, bolehlah masak menu ni. Tapi 'sepantas' mana yang dikatakan tu mungkin juga bergantung kepada penyediaan awal bhn2 nya. Kalau mcm saya, bahan memasak seperti bawang merah + putih + halia mmg dah ada stok yg dikisar...Sama juga dengan cili kering kisar (atau ada org panggil cili boh), mmg dipastikan stoknya sentiasa ada....Maka bila bahan utama masakan ini mmg tersedia ada, maka amat mudahlah keja2 didapur saya kan...... 

Ok, utk kaedah penyediaan menu ni ialah masukkan gabungan bawang + halia yang dikisar tadi, sikit cili boh, asam keping, daun kesom, belacan kedalam periuk yang dah diisi air tuk kuahnya. Biar sampai gelegak, masukkan nenas yang dipotong kecik2...masukkan bendi, garam kasar....biar kejap ...kemudian barulah masukkan ikan. Biasanya ikan yang sesuai ialah ikan merah atau ikan kerisi je pun bulehhh!....

Best sangat kalo makan ngan padanan cicah sambal belacan atau budu....huhuhuh!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails