Wednesday, February 16, 2011

Day 23 : Diberikan antibiotik

Iman diberikan antibitok untuk selama 5 hari...Doc mengatakan mungkin ada jangkitan kuman berkenaan dengan masalah penyusuan Iman. Ibu agak bingung kejap..tapi cepat2 sedar dan bertenang semula, yg kena terima hakikat bb prem mmg mudah untuk kena infection kuman...

Mesti fikir positif...yg Iman akan dapat menyusu dengan baik. Ini mungkin dugaan yang Iman kena lalui ntuk membesar. Sabar ye anak ibu...

Tuesday, February 15, 2011

Day 22 : Suspen!

Iman dipindah ke bilik2...fuhh! mmg agak suspen dan mendebarkan bila ayah balik bagitau mcm tu (-_-). Bukannya apa, ibu risau dan resah kut2 keadaan Iman menjadi tak stabil. Tp rupanya bila ty nurse, katanya x de apa problem pun..cuma sbb blik 3 tu terlalu tight dgn baby2, so Iman ditumpangkan di bilik 2 nilah. At least perhatian drpd Doc dan nurse agak special sikit......ermmmm!

Lega mendengarkan nya....dan wayar oksigen kecik pun dh dicabutkan dr hidung Iman...means Iman dh boleh nafas dengan sendiri. tapi masih ada salur oksigen di masukkan ke dlm incubator tu....

Cuma yang msh meresahkan ibu, bila Iman msh lg x boleh feeding. Nurse kata, pagi td ms nk cuba bg susu, Iman muntah pulak lagi.:(. Aduhh!...kesian anak ibu...msh x serasi tuk menyusu nampak gayanya...Yang ibu harapkan, doa bebanyak agar Imanx de masalah yg berkaitan dgn usus atau perut...

Semoga Tuhan membantu Iman untuk lebih kuat dan dapat membesar dgn sebaiknya....aminn!

Monday, February 14, 2011

Day 21 : Rimas tapi perlu memahami

Walau dpt jumpa Iman kejap je hari ni, syukur juga dapat tatap wajah Iman. Bb Iman msh x boleh feeding, msh berpuasa. Timbangan berat hari ni naik hy 40g shj menjadikan 1360g. 

Agak terhad sentuhan dan urutan yg ibu boleh buat sbb Iman dah duk dlm inkubator. Ibu tetap berckp2 dengan bb Iman mcm biasa. Tapi agak rimas bila terpksa kluar menunggu 2-3 kali sbb doc ada buat prosidur. Tapi ibu dan ayah sedar, kami ttp kena sabar dan perlu memahami tugas doc dan nurse.

Ibu doakan agar perut Iman selesa dan dapa menyusu dgn sebaiknya......

Sunday, February 13, 2011

Day 20: Incubator & puasa

Agak frust sbb hr ni x dpt nak berlama dgn Iman..juga x dpt nak sentuh dia serta berckp2 dgn Iman sbb kesibukan Doc yg ada membuat procedur pd bb lain. Iman dah masuk ke "rumah" baru -> dlm incubator hari ni.

Not nice to hear, that Doc Sumi ckp Iman kena puasa lagi sbb perut nmpk mcm buncit lagi. Ohh! kesiannya...:(. Berat yang tercatat di name cardnya ialah 1320g. Esok ibu akan datang lagi untuk memberi kekuatan pada Iman...

Ya Allah!...aku mohon agar ankku dijauhkan daripada sebarang komplikasi kesihatan, mohon diberikan perlindungan kesihatan yg baik pada anakku...

Saturday, February 12, 2011

Day 19 : Berpindah bilik

Dalam ward NICU ni...keadaan bb yg dirawat ditempatkan mengikut bilik. Yang paling worst ialah di bilik 1,2 dan 4. Bilik 3 adalah peringkat pertengahan...dan yg paling stabil di bilik 5 sebelum perlu ditransfer ke ward SCN. Gud news for today, Iman dh dipindahkan ke bilik 3. Alhamdulillah.....petanda baik.

Tapi x dpt nk updat mengenai Iman hr ni sbb ayah x dibenarkan masuk walaupun dh tunggu hampir 2 jam sbb Doc ada buat procedur. X per, kami perlu memahami keadaan ini...insyallah esok ibu dan ayah dtg visit Iman spt biasa....

Friday, February 11, 2011

Day 18 : Good sign!...

Alhamdulillah, berkat doa ibu dan semua...hr ni bb Iman dah dicabut dgn support ventilator, means it's good sign yg Iman dh boleh bernafas dgn sendirinya. Jls nampak bentuk mukanya yg comel. Ayah dan ibu bersihkan badan Iman, sapu olive oil pd kulitnya yg kering dan dpt urut2 serta usap badan bb Iman. Ada reaksi aktif yang Iman berikan...Alhamdulillah..good sign!

Dapat tanya apa plan Doc, monitor feeding for weight gain. Insyalah, Iman akan dpt menyusu dgn baik....Iman berhak mendapat yang terbaik dengan izin kuasaNya......aminnn!

Thursday, February 10, 2011

Day 17 : Selawat sebagai ubat

Visit bb Iman hari ni, wayar oksigen msh tdk dicabut. Sian tengok kulit bb dah abis kering, panas sbb duk bwh lampu itu. Tp Iman ttp aktif gerak, sesekali cuba membuka mata tuk melihat ibu. T.kasih Iman. Adakalanya terdengar suara tangisnya..menguap juga sesekali...

Ibu selawat byk2 kat telinga Iman (bacaan selawat yang ibu dpt drpd pusratu tempat rawatan ikhtiar untuk Inas). Cuba memberikan kekuatan dan perdengar kemuliaan selawat...semoga dgn izinNya Iman akan cepat pulih dan sihat serta dapat menyusu dgn sebaiknya.

Msh x berkesempatan tuk jumpa Doc Chan (kwn ibu), utk nk tau apa plan doc yg seterusnya....

Wednesday, February 9, 2011

Day 16 :Terima banyak sokongan

Hari ini baru ada sikit kekuatan utk membalas msg kwn2 di FB. Sebelum ini, saya mmg langsung tdk membalas sebarang msg / email serta tidak menjawab panggilan telefon drpd org luar yang semestinya ingin mengethaui ttg perkembangan baby Iman, tidak mahu emosi yg bergelodak ini mengusai diri ketika menjawab pertanyaan mereka. Dengan seadanya saya menuturkan ayat....mungkin ada berbaur emosi sedikit (-_-). menatap msg2 supportive from kwn2 membuatkan saya cukup terharu....T.kasih yg tidak terhingga kepada mereka2 yg concern ngan situasi saya....Moga ini semua dpt menjadi bekalan untuk saya membantu semangat dan salurkan kekuatan itu kepada Iman...

Blog walking baca kisah premie named Rayyan, teruja dgn kesungguhan mamanya untuk seorang anak istimewa begitu. Juga sgt senang dgn bait2 kata yang dicoretkan di blognya.

Ibu semakin kuat dan redha dengan segala ketentuanNya. Rindu pada Iman...Doa ibu hari ini, agar Iman dapat bernafas dgn sendiri dan dpt menyusu dgn baik. Ya Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui, sembuhkanlah kesusahan anakku dengan sebaik2 kuasaMu....

note: Kesian Inas, hr ni fit sekejap cuma dlm kereta masa ayah nak pi htr ke INTAZ.....(-_-)
Related Posts with Thumbnails