Sunday, April 8, 2012

Lepak kat TC



Fuhhh!...ramai gila org bersiar-siar kat TC petang ni. Memang sangat happeninglahhh.....

Ibu ngan Iman kat pantai TC ni. Sajer nak test tengok Iman takut lagi tak bila tengok air dan ombak serta pasir-pasir tuh...Tapi rupanya dia dah beani...siap sengih2 galok lagi bila dapat lepas ke situ....Pastu Ibu ajak Iman bertatih-tatih, bukan main suka lagi dia....

Kejap je ni duk baik2 ngan ayah, lepas tu apa lagi...mulalah gaya x lekat dipegang...huhuhu

Happy main ngan kakak Inas....:)...Love them so muchhh!....muahhhh!

Saturday, April 7, 2012

Asam pedas daging - 1H1R


Haishhh!...malu sebenarnya nak tempek pic menu kali ni sebabnya tak berapa sempurna presentation menu ni dan juga penggunaan Mr Sony saya yang seadanya ini...(sayang sgt dgn amera ni, walaupun skrg org dah x pandang pun.....)...Comot kan..?

Apa yang pastinya, menu 1H1R kali ni En Hb kata best...berselera dia makan bekal yang dia bawak tu. Alhamdulillah, lega kerana percubaan demi percubaan resepi 1H1R ni mmg betul2 memuaskan hati....

As for sure, mmg ada letak sos tomato + daun limau purut tuk menjadikan menu ni ala2 ada masam manis sikit...

Friday, April 6, 2012

Seminar Inovasi & Kreatif


baru-baru ni saya diminta untuk menghadiri seminar ini. Perkara sebegini adalah baru bagi kami...So mmg tak malu lah mengaku bahawa kami ni baru je nak blaja amik tau tentang hal2 yang macam ni. Mmg ternganga jugaklah kami untuk cuba memahami apa menda ni....hehehhe


Ok..Insyallah, kami akan cuba terus fokus dan mengambil perhatian dalam bidang ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah datangnya daripada Tuhan.....aminnnn!

Secara keseluruhanya...seminar ini ringkas sahaja tetapi amat berguna pada new beginners mcm kami ni kan...Tapi venue mcm kurang selesa sikit, dewan yang digunakan susun aturnya mcm berselerak sikit...huhuhu

Thursday, April 5, 2012

Gulai Ikan Masin atas darat - 1H1R


Wahhh...ini menu yang membuatkan saya bertambah nasi 2 pinggan.Huhuhu...sungguh bahaya bila menikmati menu ini ngan nasi putih panas + ada ulam-ulaman + sambal belacan......slurppp!...kecur air liur dibuatnya.

Memang itulah nama menu yang saya tiru bulat2 resepinya dari Chef  1H1R ni.....kenapa ada ...."....atas darat" tu saya rasa mungkin sebab bahan-bahan untuk menumisnya ditumis dalam kuali yang lain kemudian baru dicampur sekali dengan bahan-bahan yang lain (santan + rempah dll...)

Nahhh...dah jarang sgt bawa bekal nasi mcm ni...tapi bila kena penangan lauk ni, esoknya saya maklumkan kepada bibik suh siapkan bekal ni...huhuhu, haruuu!

Wednesday, April 4, 2012

Imej baru

"setelah hampir setahun proses makeover, akhir si Wira ini kembali semula kepangkuan kami dengan penampilan baru untuk bersedia berkhidmat semula...."
Alhamdulillah....dah comel semula kan?...:)

Gara-gara niat murni En HB mau meng makeoverkan sendiri, mau sapu + sembur cat sendiri...sudahnya hampir setahun x siap2...cukup buat saya duk menahan geram...grrrrrrr. Bila tiap kali saya duk tanya, dia senyap ajer....Mujur juga ada kereta kancil my sis yang diletakkan kat umah parents sebagai pengganti untuk kami ulang alik pi keja...htr my Inas ke daycare n ext.......

Sebenanya bukat takat nak tukar cat ajer...bumbung dan juga lantai nya pun perlu ditampal, ada kebocoran :(. Tak pe lah kan...kereta dah hampir 15 tahun usianya, adatlah byk menda yang dah merundum kan....? At last, hantar ajer pi bengkel...2 minggu siappp!....huhuh!

Lega...

Tuesday, April 3, 2012

Sabar menunggu ‘bintang-bintang’ jatuh ke riba……


Wahhh!...kali ni panjang lebar sikit tajuknya…hehehhe

Dalam hati ni sedang berbunga-bunga….tgh duk berangan sabar menanti sesuatu sebenarnya. Sesuatu yang telah dijangka akan tiba tapi kepastiannya tak dapat nak digambarkan setepatnya. Sabar kan….kan ke sabar itu adalah satu perkara yang baik…..kan…kan..kan..

Tipulah kalau kata x excited, tapi kalau nak excited terlebih pun x bagus jugak. Dalam kepala ni mcm-mcm menda dah fikir dahh…Harap2 kami tidak terlalu ghairah kan….(wahh! Bunyi mcm serius benar…heheheh)

Alhamdulilillah….segala bentuk rezeki yang diterima ini adalah datangnya dari Yang Maha Berkuasa. Aminn…syukur nikmat!

Monday, April 2, 2012

Tanpa tujuan…


Kunjungan ke KL last week adalah tanpa tujuan apa pun sebenarnya. Sekadar mahu pergi bercuti berjalan-jalan sahaja. Mungkin kerana bermula dari pertengahan Jan sehinggalah ke bulan Mac ini, saya telah terlalu sibuk bekerja sebenarnya. Every weekend ada-ada sahajalah perkara yg related dengan kerja, sehinggakan rasa macam kalau saya amik cuti pun tiada maknanya. Tapi x pe lah….let gone be by gone kan…, x perlu nak dipertikaikan lagi….

"Nak jalan-jalan jer…."

"Nak release penat jer…"

Means, x ada specific tujuan pun melainkan….kesan kepada pengeluaran RM shaja…huhuhu! Sopink pun langsung x de feeling apa pun, walaupun masa dah ada tapi serius tauu…feeling sopink x ada…Baguslah kan, muhasabah diri lah tu maknanya….hahahaha

Tempat yang kami jengah sepanjang 3h2m di KL ialah Sogo (wajib pegi), Jusco AU2 Keramat, KK Club Swimming, Chow Kit Road, Bagus Bakeri dan Bake with Yen Bakeri. IKEA?...mmg harus dielakkkan…hahahah.

_____________________
_____________________
_____________________
_____________________
 
Mungkin juga sbb x de bajet sgt kut….kan..kan..kan…?.....hehehehehe *sengih* je lah….

Sunday, April 1, 2012

Jeput Udang


"J.E.P.U.T" -> Ini antara variasi kudapan favorite kami sekeluarga. Lain2jenis dalam ertikata 'adik beradik' yang lain ialah jeput bawang (penyediaan paling mudah), jeput ikan bilis (ikan bilis ditumbuk kasar) dan yang the most favoritenya ialah jeput ikan basah (yang paling leceh penyediaannya tapi sgt sedappp!)

Jeput Udang ni lak....

Bestnya kalo buh banyak isi udang tu, perghhh! mmg kalo takat tepung 1/2 kilos tu sekali hadap je lah makannya. Biasanya tuk apa jenis sekalipun jeput yang saya buat, hirisan bawang + daun kucai / daun bawang pasti diletakkan. Kalo nak rasa pedas2 sikit, buleh jugak cincang2 lada besar / kecik yer...terpulang pada selera masing-masing...:)

Ada orang panggil ni CEKODOK kan...? Pada kami J.E.P.U.T adalah sebutan yang paling biasa digunakan. Apa-apa pun.....kuih ni mmg best sgt...:)
Related Posts with Thumbnails