Tuesday, March 9, 2010

Door gift yang macam2 ada

Pentingkah peranan door gift?....nak kata tak perlu ada...x boleh juga kan?...Sebabnya, kebiasaan pada mana2 kenduri kawin..tetamu tidak akan dibiarkan pulang dgn tangan yg kosong. Tuan rumah biasanya akan menyediakan door gift kepada tetamu utk dibawa pulang....




Untuk Non-Muslim dan "org bekerja"



Bunga baju for 'orang berkerja"




Bunga baju for family's members




Bunga telur for Acara Merenjis


koleksi paper bag for tetamu


Utk rombongan keluarga pengantin perempuan

Utk kumpulan Marhaban

Utk kakitangan bahagian dapur

Utk tetamu jemputan kenduri

Utk tetamu cilik
Utk kumpulan kompang

Kosnya?...mmg agak tinggi juga...perlu atau tidak sila "tepuk dada tanya selera"...huhuhuh

Men'deco' Wedding Cup Cake versi kami...lalalala





Serius seronok buat keja nih...main2 mcm nihh....try n error kreatif dgn tangan2 keras seperti tanganku ini....ni semua adalah idea asal from my sis la...dan dgn semangatnya...kami (saya, along, iqa dan ain)



Menghabiskan 4 jam masa tuk menghasilkan sesuatu yg seperti ini....(walaupun msg2 br kali pertama memberikan sentuhan sebegini....huhuhuhu) Dan..rasanya, mmg sgt berbaloi...indah jua dipandangan mata org2 sekeliling....



Mmg serius cantik kan?..huhuhuhu

Walimatul Urus - at Balok, Kuantan






Date : 6 Feb 2010
Lokasi : Villa Sejahtera at Balok Perdana Kuantan
Majlis : Menyambut Menantu


Lega sgt2....everything went well. Almost done our keja2 kenduri for Majlis Menyambut Menantu. As always, walaupun majlis dah lepas....ada jugalah 2-3 perkara berbangkit ibarat "rumah siap tapi pahat tukul masih berbunyi..."


Disebabkan hampir 7 thn lamanya selang kenduri drpd majlis kawin saya yg dulu...tetamu yg hadir fuhh! mmg ramai yg amat....can't desribe kesesakan yg berlaku -> ada tamu yg terpaksa menunggu sebentar kerusi meja tuk makan, hampirkan lauk pauk seme licin tanpa ada sikit pun yg berbaki. Alhamdulilah, lauk pauk seme secukupnya tanpa ada yg tdk merasa...

Cuaca seperti yg dijangka, mmg sgt terik panasnya....membuatkan saya tdk lekang memakai spek hitam Bonia ala2 artis gitu...(perasan dohh!)..bukannya sengapa tetapi mmg terpaksa. Tak lepas tangan punya kami melayani semua tetamu yg hadir. Seketika 4 jam yg pertama, my Inas kami htr ke rumah pengasuh kakak yg baru.....tidak mahu my Inas berpanas....letih...dan meragam sebenarnya..kesian pada dia....


Ohh ya..kami sekeluarga lak sedondong lagi berbaju kaler purple pula kali ini. HB ku kelihatan cukup segak berbaju melayu dan bersamping kemas....dan saya lak berkembar seiras seakan dgn my sis....betul...betul..betul....kerana ramai yg tidak mengenaliku....ramai juga yg menyangka daku ialah my sis.....hehehehe, sngguh bahagia rs dihati...Our precious lak bersedondong kain bajunya dgn my mom dan my nephew Imeen....


Perjalanan majlis..alhamdulillah teratur walaupun ada sedikit yg tak kena (biasa lah tu..). Dari krew tukang masak utk hidangan tetamu....krew hidangan nasi pengantin..krew persiapan flower girls...krew PA system....sehinggalah kepada krew layanan mengemas meja di khemah tetamu..semuanya berjalan lancar.....TERIMA KASIH yg tidak terhingga diucapkan kepada semua yg terlibat....


mode:..kami jua bersedih krn Tok Wan Timah tdk dapat sama2 hadir di majlis ini atas sebab2 kesihatan yg tidak mengizinkan...diharap Tok Wan Timah kembali sihat sejahtera seperti biasa...

Wednesday, March 3, 2010

Walimatul Urus - Majlis Bersanding


Date : 27 Feb 10
Majlis : Bersanding






Msh lagi dgn cuaca yg sgt panas terik....rombongan kami bersepakat tuk memakai theme color hijau lak.....

Keadaan tentatif majlis nmpk mcm agak sikit tidak teratur...mungkin atas sebab2 spt berikut:..

a. Tempat berkumpul di Masjid yg terletak di simpang luar kwsn umah pengantin perempuan, dan laluan masuk sgt2 la sesak....so nk bergerak sama2 mmg la x boleh.....sudahnya nmpk mcm x de pun rombongan bergerak bersama2

b. Cuaca yg panas terik menyebabkan kami yg ada anak2 kecil ni cepat2 menyusup masuk ke bwah kanopi....tak ketinggalan juga golongan2 bapa2 juga...hehehhe. Sudahnya, tinggal la pengantin bersama pengapit jer yg stay duk tgh panas melayan upacara "tarian silat piring" menyambut tetamu....(ehh ye ker...nama tarian tu...huhuhuhu)

c. Pelamin dipasang didalam umah...so excitement kami rombongan dr Ktn ni tuk melihat upacara merenjis hy biasa2 sajerlah.....keadaan sesak dlm umah membuatkan kami, ermm...hanya akan tunggu pakej pics drpd pengantin je lah nnt....

d. Sessi bergambo bersama ahli keluarga pun mcm x puas hati juga :(. Mungkin sbb tiada makluman awal kepada kami berkenaan dgn tentatif majlis disana. Sudahnya....dgn makeup msg2 yg dh cair....(sbb cuaca panehh)...dan anak2 kecik yg dukmula meragam..kami bergamnor la juga ala2 buat2 glamer gitu....hehehhe
it's fine...yg penting semuanya dah selesai.....aminn....

next, berdebar pula kami yg bakal nk menerima kunjungan tamu drpd Rembau....to be continue...:)

Tuesday, March 2, 2010

Water Cruise at Melaka



Sgt seronok dpt menyusuri sungai sambil2 cuci mata melihat pemandangan indah Bandaraya Melaka Bersejarah ini. Sambil telinga diiringi dengan alunan muzik tradisional...my Inas juga kelihatan mcm selesa dan happy....:)

Dgn bayaran tiket RM10 for dewasa....(my inas terkecuali..terima kasih), masa perjalanan menyusuri sungai selama 45 minit dgn bot yg dihias dgn cukup cantik..saya rasa mmg sgt berbaloi2 dan berpuas hati. Syabas diucapkan dgn pihak pentadbiran Melaka yg bertanggungjawab menyediakan promosi bandaraya ini kepada pelancong2 yg datang.


Walimatul Urus - at Kota, Astana Raja, Rembau




Date : 26 Feb 2010
Lokasi : Masjid Astana Raja, Rembau
Majlis : Akad Nikah Mohd Khusairie & Mashafiza

Alhamdulillah..dah selesai majlis yg pertama.


Dengan sedondon saya dan HB berbaju biru firus mengikut theme color yg dicadangkan keluarga, kelihatan kami sangat sedondongg.....huhuhuhu. Berbunga sikit dihati bila one of my untie said " lansingnya sekarang, sampai x cam pun awak..." ...:)

Too hot....


Sampai x leh bukak mata...so saya terpaksa rela bergaya dgn spek mata hitam Bonia ku yg dah berusia 2 thn ni...ala2 artis suam2 kuku lak...huhuhuhu. Dan my Inas mmg sengaja ditinggalkan dalam kereta, at least x la berpanas juga...sedap duk kena aircond.


Ramai juga ahli keluarga terdekat yg hadir. Be half of my family..terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan majlis ini

Redha....

Yes...if i'm not mistaken, after 3 mths....again my Inas attacked by fit. Dgn cuaca yg sgt panas sekarang....dan kesibukan ke sana sini menjayakan majlis 'walimatul urus' pakciknya....badan penat, mmg tak mustahil la my Inas pun tired....:(....

What to do..:(

(Tidak bermakna saya mengeluh...-> atau kesal dgn takdir..)

Minggu ni off ke Gedangsa, my precious kena pulak fit. Ada kaitan ke?...no idea..no idea...yg pasti mmg kesian. Kelihatan saya dan hubby dah mmg cukup tenang je nk handle keadaan ini, tapi jauh di sudut hati saya...tetap "berkecamuk"...!@#%$%^* -> kesal juga bila terfikirkan adakah saya yg berslah?..kurang memberi perhatian penjagaan kpd Inas?....owhhh!...sungguh2 saya tak mampu nk berfikir lbh dalam....

Terima kasih pd HB yg tidak emosi berlebih....sesungguhnya, kami mmg telah redha dgn keadaan2 yg perlu ditanggung. Adakah pihak lain juga mampu redha untuk memandang kami dgn memberi sokongan yg sewajarnya?....Wallahualam......

mode: Syukur ke hadrat Ilahi...my Inas msh aktif..happy...seperti biasa apabila pulih dari "lalok" ubat valium yg kuat itu....sayang anak ibu sgt2...
Related Posts with Thumbnails