Monday, July 13, 2009

Berakhir dengan jayanya...142


Segalanya lancar...walaupun ada sedikit 'sengal' dgn bahagian maintenance di auditorium untuk lokasi bengkel. Apa2 pun...sungguh tak sangka dgn angka 142 sambutan yang kami terima. Walaupun kepenatan mmg terserlah namun kepuasan mmg dapat dirasai dan sesungguhnya Tuhan membantu kami dengan seadaanya....syukur nikmat...




Baru settle sebabak yang pertama. Untuk Hb msh ada kerja dan tanggungjawab yang belum selesai...go Hb..go..go..selagi ada peluang terbuka, jgn sia-siakan kepercayaan orang.....

mode:..semoga segala urusan dipermudahkan....aminnnn ( psst..awal2 lg bos dah tegur " Ehh, apasal kurus nih?...", membuatkan saya cukupceria dan merasa bagaikan indahnya hari ini......huhuhuhuhu lebih2 lak....)

Sunday, July 12, 2009

Do i look like i care...[3] ?


It's currently me.....





...after 50 days with



Thursday, July 9, 2009

it's God will....

Speechless....
.
.
Speechless....
.
.
Speechless....
.
.

Saya cuba untuk clear up my mind....tenangkan diri.....ingatkan diri untuk bersabar..sabar.. sabar...-> bersyukur dengan apa yang ada.


tgk meter tu...cecah gak sampai 160km/j.....bahaya wooo....



intai dr cermin muka...heheheh, sampai mcm juling mata

8 July = Ktn-PMC-Low Yatt-Putrajaya-Ktn...trip to KL without Inas. Saya seboleh mungkin cuba bertenang dgn niat tuk memberi support kpd HB....msh boleh menyimpul senyum. ..(walaupun ku tahusenyum itu kelat sebenarnya....)


Register dulu.....
PMC- 11:30am
~ sambil menunggu giliran, saya asik with my camera n Hb duk meneliti segala report yg akan diserahkan kpd doc (namun jelas kerut di dahi menunjukkan yang Hb tgh bersusah hati, saya buat2 tak tahu jer....)

Apa yg Hb fikir.....???...saya pun x pasti

~ slps hampir setengah jam menunggu....nurse memanggil kami masuk ke bilik doc.
..............

Doc: Cukup maklumat, segala rekod sebelum iaitu rawatan terdahulu ada disini. Tapi disebabkan rawatan kali pertama dianggap tidak berjaya ( krn aft 3 yrs berulang lagi), dos ubat terpaksa dinaikkan

Kami: Kos ubat adalah mahal kan doc? Seblm ini, segala ditanggung oleh company. Tapi, lately company looks like hvg a financial constrain.

Doc:..Yes true...(doc mendail hphone utk menghubungi doc panel company.

*** In my mind, sdh terbayang RM puluhan ribu ringgit....mana nk kumpul duit sebanyak iu?...owhhhh

Hb: mohon doc berikan quotation dan htr ke doc panel company. A big hope dpt perhatian drpd pihak company utk kos rawatan

Doc:..yes, i'll discuss n follow up with them. U hv to do the treament (take medicine n injection for 12 mths) although the succes rate is not guarantee 100%. U hv to stop smoking....

*** saya tersenyum (dalam kepahitan menelan rasa)....yess, akhirnya jumpa dgn doc yg said that the smoking s not good...

Hb: nak mintak advice doc, mengenai tonik hati al jabbar?..adakah boleh dicuba dan bagus kah?

Doc:..stricly NO. I do not want u mix with my medicine, it's will ganggu the treatment...same goes by any traditional medicine. And repeated again...STOP SMOKING! We will see again next 2 weeks.
*** ooo..saya hanya mengangguk, entah faham...atau...hampa sbnrnya...

~ so, kami x perlu utk bergegas ke Kajang yg kononnya ikut plan awal mahu dptkan liver tonik al jabbar. Walaupun agak sedikit terkilan, tapi pada peringkat awal ini kami rs perlu mematuhi nasihat doc.

Jauh disudut hati saya, mmg agak "kacau". Mcm2 yang berlegar difikiran saya. Semuanya seolah menampakkan keadaan yag "samar2"...Cepat2 saya beristighfar dan bersyukur kpdNya kerana masalah kami ini tidak lah seteruk masalah orang lain. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, ramai lagi makhluk Tuhan yang lain lebih 'susah' drpd kami...Alhamdulllah, Syukur nikmat.... kami belum cukup susah kalau nk dibandingkan dgn oarng lain...allhamdulillah, alhamdulilah...... ini semua kuasa Tuhan....

Lunch yang 'tidak memuaskan'


Decoration restoran ini sgt cantik, menambat hati saya....
Perut minta untuk lunch dan Hb cadangkan ke Rest Rebung Chef Ismail (mmg dh lama sy teringin menjamu selera disini) yg sememangnya hanya selontar batu je drpd PMC tu. Habis punah ranah diet saya sebaik shj melangkah masuk ke Rest ini. Tapi alhamdulillah saya masih mampu mengawal diri. Mmg dah plan tuk lunch today ( bfast n dinner shake....)

ini foodies yg saya amik.....

Cukup x berpuas hati dengan harga yang bagi saya sangatlah tidak berpatutannya. Ada rasa frust dan menyesal juga...:(, bayangkan..air bandung RM5

Low Yat



Yess....I Love Low Yatt...:)

Sempat kejap jengah ke sini. Saya memborong CD/DVD kosong tuk bekalan my students. Also beli mouse yang dah hampir 3 minggu rosak. Tu pun beli yg murah2 jer...ramai gilos org kat sini, tak tentu masa asik2 sesak jer....

Putrajaya


Ke Presint 15 tuk mengambil buku nukilan idea from our FP untuk jualan masa bengkel this saturday. Perjalanan agak smooth walaupun keta byk atas jalan. Than berenti kat station minyak tuk solat dan terus pecut balik Kontan. Sudah lindu kat our precious maa...Inas yang comeiii.....muahhhhh

Dalam keta, kami byk berbual psl mcm2 perkara. Pasal bengkel, psl treatment Hb, psl nk cuti2 Mesia....psl family juga. Semoga kami berdua mendapat manfaat untuk sehari kami berdua ini.

Monday, July 6, 2009

Realiti vs ambil hati vs mimpi?

Day 50 my life with HL. To be honest, nk rekodkan perubahan yang saya sendiri rasa...(saya yang guna so sayalah yang rasa...kan..kan..kan..?)

1. KG mmg dh byk drop....realitinya, since day 1 until now dah near 12 kg yg drop. Mcm mimpikan? Kalo dulu mmg terasa amatlah payahnya nk turun walaupun 1 kg (sbb dulu tatau cara diet yg sihat dan betul). Betapa saya bersungguh dengan 'program diet' ni, from d first beginning...saya dah belikan digital scale dan buat timetable for personal rekod bagi setiap ukuran perubahan. Alhamdulillah...

2. Lost inci sana-sini...yg lagi konfidencenya ada loss inci sana sini ialah sbb realitinya dah ada a few baju2 lama yg dh boleh pakai smula. Especially, byk try msk baju2 kebaya (ada koleksi kebaya...:)). Dan, mmg kalo bole tiap2 hr asik duk ngukur dgn tali tape tu. Saiz jeans pun dah boleh masuk smula saiz 34. Kes ni lagi la..bagai mimpi indah disiang hari..:). Terfikir juga..nnt bila dah sampai ke berat ideal, baju2 "dulu" sms saiz XXL nk disimpan kat mana lak?.... Ermm...jwpnnya, bertukar tmpt lak dgn baju2 "lama" yg saiz M-L yg sudah boleh dicuba2 smula nih....bestnya rasa....ni bukan kes nak amik hati sendiri tau...( susah juga bila dah drop KG, baju "dulu" dh x sesuai especially sluar yg mmg dah byk londehnya...)

3. Kawan2 menegur ada nmpk perubahan. Tetapi, saya agak sukar utk tahu siapa yang betul2 realitinya tegur dengan jujur atau pun hanyalah sekadar nak amik hati sbb tau saya guna HL. Drpd apa yg saya dgr, ramai jugak yg mencebik bila mengetahui ada yg berdiet menggunaan HL ni. Tapi kenapa yer?...kita yg guna HL ni pun bknnya mintak sponsor or budget drpd sesiapa? So, apa masalahnya ada org yg perlu mencebik dgn usaha kita sendiri2 ni? Ada jg mcm terasa hati bila ada kwn seolah mcm sindir kita berdiet :(, tapi saya cuba buat derkkk seboleh mungkin (saya je yg terasa atau pun...apakah mimpi ngeri disiang hari?...hahahhaha, layan gelak je la..).

Kepada kwn2 yang betul2 jujur menegur krn nmpk perubahan pada saya, terima kasih diucapkan. Saya perlukan sokongan drpd byk pihak untuk meneruskan usaha kental berdiet ni.

4. Saya suka bergambar kan..?...Sekrg ni mmg pantang la aa kesempatan mesti snap pics punya. Tapi,kekadang tu x fhm juga...ada pics yg mmg realitinya ketara nmpk perubahan saya...ada pics seolah mcm x de nmpk sgt perubahan pun ibarat mcm asik2 duk mimpi jer..... Yang pasti, saya msh tidak berpuas hati dengan ketembamam di pipi saya yg belum menyusut incinya. Mungkin masih baru..day 50 dikira masih baru dlm dunia HL. Sabar yer......sabar tu kan baik...:)


Liver Tonix - Al Jabbar

I managed to get this information....


Setiap Kapsul 500mg mengandungi:

Zingiber Officinale Rhizome

Folium Hydrocotyle Asiatica

Folium Morinda Elliptica

Citrus Hystrix Fructus

Follium Silybum Marinum


Khasiat Tonik Hati Hidayah HB PLUS

- Melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama penyakit hepatitis.
- Menguatkan sistem imunisasi badan dan membekal serta membantu menghidupkan antibody
yang kuat.
- Menguat, membaiki dan menjaga fungsi organ hati dan membaiki kerosakan sel-sel hati.
- Menghilangkan gejala akut dan gejala kronik pesakit hepatitis.
- Menyuburkan pertumbuhan sel-sel hepatosit (sel-sel hati) yang baru mengikut susunan yang
teratur dan lengkap.
- Mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik, dan bahan-bahan berat yang lain.
- Membantu menghilangkan dan menyembuhkan segala gejala-gejala hepatitis/ radang hati.
- Merawat dan menyembuhkan penyakit hepatitis.

Peringkat Penyembuhan

Hasil kajian yang mendalam beserta debgan rekod-rekod pesakit yang lepas,proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari,namun ada pesakit yang sembuh sebelum mencapai 100 hari dan ada setengah pesakit akan sembuh pada hari ke 120 dan sebagainya.

Domain
Setelah Jabbar Hidayah HB Plus (tonik Hati) memasuki aliran darah,ubat ini akan bekerja untuk membaiki dan membina hati pesakit yang telah rosak(hati membengkak) akibat daripada pertumbuhan selyang tidak teratur disebabkan oleh hati yang di serang virus.Pada ketka ini,pesakit kemungkinan akan merasa sedikit simptom sampingan seperti mengantuk.
Di dalam prinsip rawatan jabbar hidayah HB Plus,peringkat ini dikenali sebagai peringjat domain,Di mana tahap domain ini adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan hepatatis,pada peringkat ini ,ubat akan "mengacau"kedudukan virus di luar hati,di bawah hati atau di dalam sel-sel hati.Virus ini akn "bertebaran"dan memasuki aliran darah.

Natural
Pada peringkat ini,untuk mula membasmi sebahagian besar virus,hati bebas daripada virus dan mula subur membiak.ubat ini telah memperbetulkan kembali susunan sel-sel hepatosit yang sebelum ini tidak teratur.Pada tahap ini jika pesakit itu mempunyai hati yang bengkak,baisanya ianya ia sudah kembali normal atau sembuh dan telah membekalkan antibodi tubuh.
Pesakit mula bertenaga,sihat dan cergas,Ada juga pesakit sudah mengangap mereka telah sembuh sepenuhnya.Ada di antara mereka telah meniggalkan ubat atau makan ubat secara tidak teratur dan tidak berdisplin.Faktor ini menyebabkan ada pesakit mendakwa mereka lambat sembuh.

Negatif
Kebanyakan pesakit hampir bebas daripada pembawa kronik kepada pasif(apabila HbeAg(+) bertukar kepada Hbe(-))danjumlah virus berada di bawa paras 100,000 copies.Penurunan virus juga boleh menurun secara mendadak sehingga mencapai kurang <200 copies.Untuk hati kanser proses penyembuhan mungkin mengambil masa yang panjang,pengambilan ubat secara berterusan perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap kronik.

Berminat nak dapatkan produk ni untuk rawatan "liver function" HB yang tak berapa cantik resultnya. Suspect to get -> Hepatitis C. Semoga HB kuat semangat

Kenapa perlu 'financial planner'?

Petikan daripada kisah benar...

Tak semua orang faham makna sebenar khidmat 'perancang kewangan' ini. Rata-rata, antara alasan biasa (yg biasanya-ve) yg didengar drpd pendapat peribadi ialah:

"sayangnya duit nak bayar harga kos perkhidmatan kepada FP"
"ahh, kami boleh handle sendiri masalah kewangan"
"kami tak ada masalah kewangan, cukup makan pakai dan ada simpanan"

...itu hanya sebahagian daripadanya shj. Tak terkecuali juga kami (saya dan HB) sebelum terlibat secara langsung dgn perkhidmatan FP ni. Sedikit perkongsian maklumat aliran kewangan kami (untuk rekod sendiri sebenarnya) ;

Sebelum dengan FP (...Feb 2007)

a. Rumah :- RM 900.00 sebulan
b. Kereta :- 1. Wira RM 580.00 sebulan ( Baki Pinjaman RM10,000.00)
2. Kancil RM 310.00 sebulan (Baki pinjaman RM22,000.00)
c. Personal Loan :- RM340.00 sebulan ( Baki Pinjaman RM 10,000.00 )
d. Kad kredit :- RM1000.00 sebulan( Baki RM 18,000.00)
e. Belanja :- RM 700.00
f. Simpanan :- RM 0

Selepas dengan FP (slps setahun melalui proses 'restructer' smula kewangan Mei 07-Mei 08)

a. Rumah :- RM 0 ( bulan-bulan tak bayar pun)
b Kereta :- Wira RM 0 ( Bayar Habis) & Kancil ( Jual )
- Wish recond 2004( RM130K ) RM1234.00 sebulan (April2008)
c. Personal loan :- Bayar habis
d Kad kredit :- RM 0 ( Bayar habis )
e. Belanja :- RM 2,000.00 sebulan
f. Simpanan :- RM 3,000.00 sebulan ( jumlah RM 35,000.00 dalam ASB) -
kepentingan utama
g. Duit melancong : RM 3,000.00 setahun
h. Sijil ASB :-RM 50,000.00 ( dapat Dividen setiap akhir tahun)

Akan Datang:-

a. Rumah Idaman RM 400,000.00 ke atas ( 3 tahun lagi)
b Kereta BMW berharga RM 300,000.00 ( 3 tahun lagi )
c. Simpanan RM1 juta dalam ASB (5 tahun lagi)

Apa yang kami cerita di atas bukannya rekaan ataupun khayalan semata-mata tetapi memang ternyata dan terbukti. Cuma bekerja seperti biasa. Semua orang ada impian, tetapi berbeza beza mengikut keperluan & kehendak masing-masing. Terpulang atas individu apakah matlamat yang mereka impikan.

Apa yang perlu faham tentang FP?

1. Bukan langsung konsep cipta kekayaan daripada konsep MLM
2. Satu proses yang memakan masa yang panjang dan berterusan
3. Perlu melawan NAFSU dan MASA
4. Nilai murni seperti ber'disiplin' dan ber'sabar' amatlah perlu diterapkan sebagai satu formula untuk berjaya menuai hasil.
5. Bukan servis "percuma"

Perkara baik kami cuba kongsikan dengan kawan2 & relatives. Apa yang kami 'faham' daripada feedback/alasan yang diberikan oleh kawan/relatives yg menolak pelaksanaan ini ialah :

1. Lambat kaya (ramai yang memikirkan mahu cepat kaya) kerana proses yg terlibat memakan masa
2. Tak dapat kawal NAFSU berbelanja dengan berhemah
3. Tak berdisiplin untuk mengikut segala 'step' yg ditetapkan dan tak dapat selalu bersabar dengan dugaan dan ujian yang dilalui
4. Sayang duit untuk membayar kepada caj yang dikenakan oleh FP

To be honest, kami sekarang dah mampu tido dengan lena dan tiada lagi bebanan fikiran tentang hutang. Bahkan, apa yg selalu brd di fikiran, apa lagi yg boleh dibuat untuk melancarkan aliran kewangan yang bukan shaja hanya untuk kehidupan hari ini tetapi juga untuk kehidupan yang akan datang. Terima kasih sekalung budi yang tidak terhingga kepada kawan kami ~ Suhana dan suami yang memperkenalkan kami dengan plan ini. Seterusnya, sekalung penghargaan kepada FP kami iaitu En. AzizCfp kerana telah byk membimbing kami sehingga kami mencapai tahap keselesaan dan bebas hutang seperti hari ini. Didoakan semoga En. AzizCfp dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Jika tidak bersama FP hari ini....kami mungkin masih ;

1. Tak sampai hujung bulan, sudah mencatu perbelanjaan
2. Tak dapat capai impian untuk mempunyai kenderaan yang lebih selesa terutamanya untuk my precious Inas
3. Tiada simpanan untuk hal2 kecemasan (kalau ada saving bulanan pun, hanyalah sebagai tempat simpanan sementara sahaja)
4. Bergantung sepenuhnya pada kad kredit untuk perbelanjaan diluar perancangan

At last, kami menjadi celik mata dan mmg percaya bahawa "Bukan senang nak SENANG...tapi sangat senang nak SUSAH"....

Friday, July 3, 2009

Calm n cool...

Kisah 1
Semalam, saya 'lalok' n 'mamai' with ubat. Disebabkan batuk n selsema saya msh tdk baik, HB sarankan saya tuk ke klinik menyambung ubat antibiotik pulak. B4 ke klinik, saya mengemas drawer didlm Wish dn terjumpa set ubat antibiotik sebulan yang lalu (jarak masa demam, batuk n selsema hanyalah sebulan yg lalu). Dan, saya decide tuk makan ubat itu shj dulu. Hasilnya, saya diserang mengantuk yang teramat sgt. Balik keja sampai umah aft solat Asar, at 5:20pm saya terlelap sehinggalah 8:15pm. Terpinga2 + tergopoh-gapah saya bangun tuk kerjakan solat maghrib yg hy tinggal beberapa minit shj lagi. Lepas tu cuba bertenang....

Selepas bersihkan diri, saya ligat didapur menyiapkan dinner tuk my Inas dan HB. Ambil ubat utk kali yg kedua. Kemudian terus mengemas dan siapkan all the things tuk hari esoknya ( beg skul Inas, ironing my tudung) dan niat tuk bersantai didepan tv bersama 2 org yg saya sayang...HB n my precious Inas. Tapi kan....saya terlelap lagi....sambil ditangan ada buku "Aku terima nikahnya"...dh puas besarkan biji mata, tp still x dpt nk lawan...than, saya decide masuk bilik tuk terus lena.... zzzzzzzzzzzzzz

Dan hari ni semasa di ofis, saya cuba buzykan diri dgn buat preparation tuk kelas yg akan bermula next wk seawal hr isnin. Alhamdulillah, walaupun pagi td amik ubat tp sy tidaklah se'mamai' dan se'lalok' semalam. Tapi, tatau lagilah bila dah sampai rumah nanti...huhuhuhu

Kisah 2
"Ok tak hari ni", tanya HB ketika menelefon saya awal pg td.
"Ok jer, cuma bz skit", saya jawab dgn yakin
"Abg ni yg tak ok....", saya sedikit terkejut dan bertanya " Kenapa pulak?".
"Br lps ada discussion dgn doct tadi, psl blood test hr tu yang ada result psl 'liver' x brp ok-> tinggi resultnya", HB jelas explain begitu. "Doc kata mungkin kena refer ke hosp kat KL, kat sini dah x de pakar yang berkenaan", saya terdiam seketika."Cuba discuss dgn Doct, apa punca sebenar dan mcm mana cara nk prevent".Seboleh mungkin saya cuba bertenang...

Lps saya berckp td, mmg that thing berlegar di fikiran saya.Excelli, b4 this masa sy tgh peknen kan my Inas, HB tlh dikesan menghidap penyakit 'hepatitis b" hsl drpd blood test - peratus liver yg tinggi tu. Rawatan ubatnya mencecah ke puluhan ribu ringgit tapi alhamdulillah, dicover oleh company tmpt keja HB (kalau mengikut aggrement sebenar, ditanggung separuh shj oleh company, tp pihak HR membantu).Msh ingat lagi..ketika dalam rawatan selera makan HB menjadi hilang mungkin disebabkan pengambilan ubat yg mahal tu. Ketika itu, berat badannya turun mendadak dan kelihatan agak kurus.

Semoga masalah kesihatan HB mendapat perhatian dan bantuan yg sewajarnya drpd pihak yg berkenaan. Di pihak saya, sudah tentu saya inginkan org yg saya sayangi sentiasa sihat walafiat disamping memberi sepenuh perhatian kepada Inas.

Sekian kalinya saya memohon...
" Ya Allah ya Tuhanku, limpahkan kurniaan kesihatan yang baik kepada ahli keluarga ku. Berikan kami petunjuk dan taufik hidayah untuk terus taat akan perintahMu. Peliharakanlah hati kami daripada perkara2 yang melalaikan. Bantulah hambaMu yg lemah ini untuk terus bersabar dan bertawakkal kepadaMu ya Allah.....Amin, ya rabbal alamin...."


Thursday, July 2, 2009

Welcome July dan kisah angka 7...

Dah Julai rupanya....

Bulan yg saya tunggu2 dah menjengah. Pada saya, isitimewanya bln 7 ini sbbnya adalah bulan kelahiran saya. Dan yang lagi2 suspennya bulan Julai 2009, angka '2' yg selama ini sinonim dgn saya akan berpisah ditinggalkan....But, saya tak brp kisah pun. Age is just the number. Pulak tu, saya berjaya tuk membuat perancangan pada perubahan diri dengan 2 menda ajaib yang dah byk sgt saya citerkan dlm post yg sebelum ini. Insyallah, semoga saya terus serasi dgn 2 menda ajaib ini dengan penuh dedikasi.

Agaknya, apa yer hadiah harijadi saya tuk kali ini?....:) sabar je la menanti erkk..

Julai kali ini juga...insyallah bulan rezeki bagi keluarga kami. Pada 11 Julai nnt, bengkel pengurusan kewangan bakal diadakan buat kali yang ke 8 diatas kelolaan kami. Setakat ini (hy tinggal 9 hr lagi), kami sedang sibuk membuat persiapan dan tak menang tangan tuk melayani panggilan mahupun email2 daripada orang ramai yg berminat tuk join bengkel ini. Insyallah, jika tiada aral melintang, bengkel kali ini akan dpt mengumpul sejumlah lebih drpd 100++ orang peserta. Semoga usaha baik kami tuk membantu dan berkongsi kesedaran tentang pengurusan kewangan yang betul dirahmati olehNya.


Plan yang banyak membantu merubah gaya hidup kami...tqvm to my fren yg memperkenalkan kepada kami.
Kebiasaannya pada Julai juga, kenaikan gaji ditempat keja saya. Untuk kesekian kalinya setelah 7 (angka 7 juga..:)) thn bekerja disini, barulah ada wujud borang penilaian prestasi. It's sound biasa la kan?..For the 1st time ni, ada ke patut...orang yang perlu dinilai, menilai diri sendiri?....Sungguh2 tak logik dan efisien kedengaran kan?...hahahahahaha, gelak je la layan...... tapi it's weird if org yang nk dinilai perlu menilai diri sendiri. Tapi itulah hakikatnya.... hahahahhaha, layan gelak je lagi....

Excelli kan, 7 hb ( angka 7 lagi) brlah ada gaji masuk..itu pun hylah dgr2 angin yg bertiup sepoi2 bahasa apa tahh.....alhamdulilah, dengan adanya perancangan aliran kewangan yg betul, saya tetap boleh bertenang dan msh mampu senyum walaupun ramai kwn2 sy di ofis yang x senang duduk....gelisah...monyok dsb....Walaupun saya juga dpt merasakan apa yg mereka2 itu rasa, jauh disudut rs hati mmg ada jg rasa terkilan. Tak pe la, x perlu rasanya saya luahkan kerana...saya mash beringat bahawa ini semua adalah dugaan dan ujian kecil yang datang daripadaNya. Sesungguhnya, sabar dan tawakkal itu lagi penting daripada mengikut kata hati yang marah.....Amin...

Mode: Selesa dengan apa yang ada sekarang....alhamdulilah.
Related Posts with Thumbnails