Tuesday, June 30, 2009

Seadanya saya...part 3

Saya kan....pelik with people yang agak mcm "pelik" juga. Dah nak msuk ke alam "30s" ni...x nafi mmg ramai dh org yg sy jumpa. Sama ada yg rapat, kenalan biasa...atau pun...org sekeliling kita. Yang pasti, saya faham that kita tak boleh nk jd org lain dan orang lain juga tak boleh nk jd diri kita. Kenal diri sendiri tu kan penting....Apa yg saya fhm tentang saya yang seadaanya ini ialah....

Saya --> Cerewet tentang hal kebersihan dan kekemasan

Teruk sgt kah saya kalau cerewet psl 2 perkara ni? Saya akan merasa tidak selesa sekiranya tapak atau persekitaran pada pandangan mata saya kelihatan kotor dan juga tidak kemas. Rasa serabut dan gelisah tak tentu rasanya. Seboleh mungkin, ruang syurga hidup saya aka rumah saya akan pastikan bersih dan kemas....Sebab itulah, mood saya mudah berubah menjadi'moody' sekiranya mana2 ruang syurga saya itu bersepah2 with brg or tunggang langgang or idak bersih. Saya rela berpenat lelah dgn masa rehat yg sedikit asalkan tenaga dan masa saya dhabiskan dgn mengemas dan membersihkan rumah. Tak tahu la kan....tapi, saya mmg beginilah...

Yang lecehnya, apabila saya ke rumah org lain yang terang2 bersepah2 dan ada ruang yg tidak bersih, my reaction akan menjadi agak -ve. Kalo dirumah anak beranak sendiri, saya tanpa membuang masa akan ligat berkemas dan membersih apa yg patut. Tapii....rumah org tetap rumah orang kan?...Mmg x sama dgn umah sendiri....kejap je kemasnya, kelip mata lip lap....bersepah smula....aduhhh! penatnya....:(

From my personal view, ramai juga yg saya kenal....personaliti mrk tak sama seperti pandangan mata yg kita nmpk. Ada orang, mmg gaya dan cara dressing sgt kemas...serba serbi nmpk sedap mata memandang...tetapi, bila menjengah ke ruang syurga / rumah / bilik mereka...mmg jauh tersasar drpd apa yg kita nmpk dia hr2 depan mata mcm tu. Dgn bilik yg bersepah with baju2 kotor bercampur dgn yg bersih...with katil yg tdk berkemas....sampah kecik besar sana sini...susunan brg lintang pukang.....aduhhh!...mmg cukup memeningkan dan meloyakan saya....Itu brg dijengah dlm kwsn bilik. Kalau satu rumah?...bayangkan lah mcm mana tunggang langgangnya kan?Ada pulak saya kerumah org yg, sampai nk berpijak pun saya terpaksa berjingkit2..apatah lg kalau nk duduk ke..baring ke...lagilah x dapat kan? Rasa2 nya lah...mmg ramai yang nmpk sgt elegance bila berdepan dgn org tp hakikatnya balik umah ibarat mcm duk dlm kapal karam. Kualiti apa yer kita nk kategori org mcm ni?

Mungkin nmpk mcm x adil kan saya je berckp tentang org lain kan? Apa yg saya luah kat sini ialah apa yg saya nmpk dgn mata. Tidak sesekali tu nk mengata or menjatuhkan air muka sesiapa. Saya mengaku, semasa mula2 nk menyesuiakan diri dgn HB ms mula kawin dulu sgt "susah" tuk membentuk dia dgn matchkan cara saya. Daripada HB, saya fhm dan belajar sesuatu bhw...-> "pendidikan bermula daripada rumah". Cara didikan kita drpd kecik oleh asuhan ibu bapa sebenarnya membentuk kita yang hari ini. Ingat lagi masa kecik2 dulu, mama selalu akan suruh dan leterkan saya untuk buat itu ini. Mmg waktu tu rs tension sgt, tp moral of d storynya mmg byk kebaikannya.....

Insyallah, saya seorang yg tahu apa yg saya perlu lakukan. Sekiranya ada ketikanya saya tidak melakukan sesuatu yg biasa dibuat, mesti ada halangan atau kekangan besar. Saya akan rasa bersalah sekiranya :

1. Tidak mengemas terus dapur setelah siap memasak dan makan -> selagi tidak siap, saya tak akan berehat dulu
2. Membiarkan kain baju tidak berlipat sehingga perlu mencapai smula untuk dipakai -> dah lipat pasti kena susun dgn semoleknya
3. Tidak mengemop lantai sekurang2nya seminggu sekali
4. Bilik air tidak dicuci sekurang2nya seminggu sekali -> penting sgt2 nih
5. Membiarkan katil tidak berkemas ketika bangun dr tido -> spy saya mudah terlana dan mendapat keselesaan utk tido pd mlm2 yg berikutnya
6. Hanya menunggu makanan siap dimasak oleh mama untuk dimakan -> saya harus berada di dapur juga menolng apa yg patut
7. Melayangkan baju2 yg hendak dpakai semula merata2 -> ini pantang besar saya...

Kesimpulannya, nak semua jadi mudah...maksudnya nmpk bersih or kemas....petua utama saya ialah...-> "JANGAN SUKA BERTANGGUH untuk membuat sesuatu kerja".....insyallah, kalau diamalkan sikap seperti ini..kt sendiri jg akan merasa nikmatnya....Aminn....

Monday, June 29, 2009

Sesekali tewas juga kesabaran....

Situasi 1
Mlm tadi, mood dan emosi rsnya biasa2 shj. HB kluar jumpa client dan saya bersama my Inas. Tapi...pelik juga, masa tgh layan my Inas makan...mood saya tiba2 bertukar. Mungkin sbb my Inas tdk memberikan k/sama yang baik ketika menyuap dia makan.

"Inas kena makan, biar cepat besar'
"Duk baik2...kunyah nasi, tgk la uncle aznil tu" (kami sambil menonton 'Uncle Aznil -Jangan Lupa Lirik')
"Cepat2 makan...lepas ni kita main dan tido, esok pegi skul"

Itu semua antara dialog saya dgn Inas.Saya tegur Inas, explain pd dia baik2...tapi, hampa sungguh..Inas tdk memberi k/sama yang baik...

Inas batuk2 kecil serta menyembur kluar nasi yg ada dlm mulutnya sehingga abis bersepah diatas karpet...Dannnnnn....

Saya naik marah dan sedikit lupa diri....Saya marah Inas...marah lagi..dan marah lagi...:(



Situasi 2
Inas menangis..meraung2 dan tersedu2 bila saya marahkan dia.....

Dan saya....

Lepaskan dia seketika, dan dakap kembali....peluk erat2...cium dia bertalu2....(menitis air mata saya). Dlm minda yang pasti masih waras, saya sepatutnya cuba memahami kenapa my Inas tdk memberikan k/sama yang baik. Antaranya mungkin :

- Lauk yg diberikan td memenuhi selera dia
- Cerita yang ditonton di TV tidak menambat hati dia ATAU...
- Tidak berapa lapar...tapi terpaksa rela makan...

Maafkan Ibu....ada masanya ibu tewas jg dgn kesabaran yang ada. Hampir 5thn ++ ibu bersama Inas, susah senang memang Ibu sentiasa bersama Inas. Ibu sayang Inas....Maafkan ibu.

"Tuhan, semoga tabahkan hati..lapangkan dada dan minda ketika saya berdepan dengan Inas. Semoga saya lebih kekuatan untuk memberi lebih sokongan kepada Inas. Semoga Tuhan memberi rahmat kelimpahan rezeki kepada Inas.....Amin, Ya Rabbal Alamin..."

Weekend yang tidak terancang

Asalnya, ada plan nk ke Jengka + Temerloh tuk bring my dotter pergi berurut kat sana. Tp last minit kena cancel lak sbb Makcik Limah tu 'tutup klinik' sbb dia bz nolong jiran belakang umah dia berkenduri kendara. So, saya unpacking la blk brg2 yang msh belum di packing dgn sebetulnya.




Ke rumah Makcik Limah

SABTU
Awal pg, saya dan HB membuat operasi servis umah. Tak niat pun nk servis dgn bersungguh memandangkan saya yg msh lagi belum sihat sepenuhnya. Tapi mata mmg x thn la tgk lantai kat area my kitchen ni mcm berlengas je. So, dgn pantasnya saya menyapu, dan ambil mop dan hampir setengah jam...settle!...:). HB lak tugasnya hr ni membasuh kedua2 bilik air....tqvm krn meringankan kerja saya.
Plan asal x perlu cooking for lunch sbb sy nk shake HB nk mkn ringan2 je. Tapi..my bro blk from KL n dtg singgah umah sbb nk htr my stok HL yg diorder from his fiance. Msk dapur la jugak...n hasilnya ni la lauk pauk hr ni.
Saya mcm biasa sekadar tahan selera dgn menelan air liur dan hy kenyang dengan ambil bau sahaja....



ada pameran dan jualan barangan kraftangan kat sini...

Petang aft asar, kami kluar jln2 wat lenguh kaki ke Ktn Parade. Saya ada membeli buku yg dh lama saya teringin nakkk....

AHAD

Mlm td tdo kat umah my parent. Aft lunch (saya terpaksa rela, sbbnya x thn la with masakan udang masak lemak with kacang panjang. semoga tidak menjejaskan proses diet saya..aminn), kami decide balik umah dulu bila 'penat' with my Inas yg dah start meragam. Ini lah my Inas, bila lama x jumpa her grandparent, dia akan meragam tuk mintak didukung ajer....adoiiii, tension tahap gaban la jugak saya ni...HB bz with update his list peserta yg nk join seminar....
Inas...mood tgh x baik ms ni..

Petang, plan bwk my Inas jln2 kat Tmn Teruntum. Lama sungguh tak singgah kat sini walaupun padahal tiap2 hr lalu depan. Ramai giler orang...mujur ada parking. Saya apa lagi, mtk la HB snap kan gambo...(mmg pd ketika ini sgt suka snap gambo...can see the diff :))...





dah byk rupanya binatang kat sini..patut la ramai orang...tuu, aksi Inas tgh duk cium bunga tanjung yang wangii tu...

Friday, June 26, 2009

Do i look like i care?...[2]







It's currently me...:) aft day 40 with HL, picture taken on 26 Jun 09 (berbuka puasa di Seafood Tom Yam Garden yg bestt..)


Suka sgt ada gambo ni, HB mmg selamber je layan snap pics saya. Walaupun tangan HB mmg langsung :P x de seni tuk captured pics...sy ttp perlu berterima kasih :)






......ada byk lagi pics akan diupdate nnt.....

Thursday, June 25, 2009

Do i look like i care?...[1]

Byk menda nak coret, cuba express satu persatu ni....

HL


Saya hanya baru menggunakan 2 jenis ini sajer dulu.......
Since day 1 until day 39 my life with HL, mmg saya berpuas hati. To be honest, niat asal mmg nk lari dr isu kegemukan...tapi, mmg ada rs "susah payah" nya untuk capai berat yang ditarget. Kenapa la dr dulu saya x penah kisag pun dgn diet yg sihat?..sendiri jawab la....

Maksud susah payah saya tu, ialah krn terpaksa berpantang dengan bbrp jenis makanan. Saya mmg tekad tuk follow dgn betul spy saya rasa every single sen yg saya kluarkan worthy with hasilnya..Antara bbrp jenis makanan yg saya cuba elakkan sblm capai target berat normal ialah :
a. Apa saja makanan yg bergoreng, means yg involve dgn minyak. Bila saya kumpulkan psl kalori yg ada dlm minyak, rupanya 1sb minyak je dah melampau julah kalorinya. Oleh itu, terpaksa tahan selera tuk makan goreng pisang nangka, ikan goreng, KFC...(owhh tak thn sungguh lbh2 lagi ada RM40 lg voucher nih..), sayur goreng dan apa2 yg bergoreng lg la....




sangat sedap ni....

b. Tahan diri tuk minum ais dan minuman yang manis2. With HL, saya kena byk minum plain water at least sampai 2L sehari. So, mmg x de chance le nk minum air manis2 yg lain. Dlm tempoh hampir 40hr ni, rupanya boleh je saya hidup tanpa ais...hhahahah.Bab minum soft drink or air bergas itu mmg bukan peberet saya pun, mmg x leh telan la air gas yang cukup manisnya tu...

c. Makanan yang bersantan. Sama juga mcm makanan yang bergoreng / minyak tadi, kalorinya sgt tinggi.So, demi nk capai berat yang ideal dgn tinggi saya ni, terpaksa la dulu thn selera. Sebelum ni mmg biasa ler masak2 guna santan ni. masak lemak itu la..ini la...itu la..ini la...


berpantang sementara....

d. Nasi lemak, nasi minyak...ermmm kalo dulu ni mmg menu utama sy ms breakfast. Terbayang2 sedapnya ler nasi minyak lauk ikan tu. Kini, saya terpaksa pejamkan mata dan tahan selera untuk 2 jenis nasi ni. Masa tgh byk jemputan kenduri br2 ni, sbb dah terliur sgt saya jamah la juga 1/4. Mral of the storynya, makanan mcm ni kalo x de depan mata x pe..tapi kalo ade...aduhh, haru jadinya...bau wanginya pun boleh rs tergugat beb....

e. Mesti makan malam sebelum pukul 8pm (kalo amik shake bfast dan lunch). Setakat ini, mmg betul2 follow dan mmg nmpk hasilnya. Selesa sikit perut berehat bila dah malam.

Kesimpulannya, utk nmpk hasil yang menakjubkan...mmg kena ada daya disiplin yg teramat tinggi. Saya berjaya dapatkan hasil yg memberangsangkan tuk 40 hari terawal ini. Mmg dapat rasa kelainan bila tahu bhw kita mengalami susut berat badan....rasa lebih yakin dan rasa muda jugak kut...heheheheh -> x sabar nk pakai smula baju2 'lama'.....

SKII

Air Ajaib....

Hari ni genap sebulan saya memakai skin care ini. Mmg sesuai dgn kulit saya dan ia benar2 menakjubkan! Kalau tinggalkan penggunaan walau sehari, mmg rs x selesa kulit. Sama juga mcm HL, disebabkan harganya costly saya seboleh mungkin cuba utk menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Saya sendiri mmg rasa kelainan dgn SKII itu.Terasa kulit lebih lembut, bersih dan yang penting my face nmpk shining.Yg bestnya lagi..x cairkan make-up pun. Dan lebih2 yakin dan percaya that this skin care bagus tuk kulit saya, ramai org sekeliling yang tegur dengan kelainan wajah saya. Rata2 mengatakan mungkin sbb pengambilan HL...tapi saya senyum ajer dan mmg x de niat nk heboh2 kan pada sapa2 pun..kecuali kalo org tu dtg tanya personal dengan saya.

Now, what i care semuanya perlukan maintenance budget yang tinggi. Tgh duk fikir2, mcm mana nk dptkan duit lebih tuk maintainkan apa2 yg saya guna ni?...kalo bleh, tamau nmpk mcm nyusahkan HB...

Do i look like i care....? tak de la pulak piccas terbaru, nnt la saya masukkan erkk......:)

note:..agaknya ramai org mcm saya kut, b4 sampai age 3x brlah nk buat transformasi pd dlm diri...sebelum ni mcm redha jer....uiksss, x sabar nk capaitarget berat ideal with muka yg berseri2....redahhh je la...hahahahaha

Wednesday, June 24, 2009

Sudah 7 tahun la...

Front view...semoga rezki berpanjangan disini

Hari ni genap masuk 7 tahun saya berkhidmat disini. Terasa baru je lagi report duty kat sini tapi rupanya dah 7 tahun la...7 tahun....ada kawan kata, dh leh iktiraf jd senior lecturer. Tapi sy tak rasa pun mcm tu, walaupun realitinya mmg dah ramai lect baru2 skrg ni...terasa juga la tua nya saya disini...:)

Mula kerja

Bersama2 saya ketika itu kalo x silap ada lbh drpd 10 org lecturer yg sama2 badge dgn saya masuk pd thn 2002. Asalnya, saya mmg jenis yg x suka dgn profesion mengajar lbh2 lg cikgu..tapi apa bezanya dgn post lecturer skrg?..tugasnya mengajar juga kan?...kalo ditanya peribadi kpd saya, jawapannya ialah....saya terima dgn senang hati bekerja dgn jawatan ini kerana :

a. Masa tu blum kawin, stay dgn family dan umah my parent hy selontar batu saja jauhnya drpd ofis. Suka sgt la sbb hy 5 min je perjalanan ke ofis

b. Fikir tak boleh memilih kerja. So kalo kiranya ini rezeki saya...saya tak akan lepaskan peluang ini.

c. Mengajar dikolej, students nya tak sama dgn students kat skolah. Ada setengah org fikir, lebih mudah sbb students dah meningkat dewasa dan agak matang Tapi..realitinya...hy 'kami2' saje yg tau betapa susah senangnya nk 'membentuk' mereka...



In class, with my students...


3 thn bekerja

Msh bertahan disini. Kwn2 yg dulu masa mula2 msk keja, dah ramai membwa diri ke tempat lain. Msh tinggal 4-5 org lagi yg stay sini. Mungkin kah saya yg menjadi wakil tunggal (badge saya) yg akan stay disini?

keceriaan kami disini....:)

Mana ada keja yg x de masalah kan? Walaupun ada ketikanya mcm 'tak tahan' dengan apa yg dialami...tapi, alhamdulillah saya msh mampu bertahan disini...

7 thn hari ini, masih disini

So far, saya antara kwn2 yg msih bertahan..dan yg menariknya, saya tidak pernah' memohon atau sesekali mencuba2 tuk mintak kerja di tempat lain. Kenapa agaknya ya?...

a. Very comfortable zone. Luv with the working environment here. Flexi ofis hour. B4 this yr, boleh masuk keja plg lmbt kul 10am n sharp 6h dah abis waktu keja. But, starting from this yr, dah kena masuk kul 9am n ofis hour dh jadik 6+1...:(, tapi still lagi bagus saya rs kalo nk compare dgn tempat lain...

b. Thinking abt my Inas. So far, waktu keja saya amat bersesuaian untuk menguruskan Inas. Kang nnt bila dpt keja lain...dh x rs working environment yang mcm ni...haruu kan?

c. Tak nk 'pjj' with HB. Saya tgk kwn2 yg dpt better offer job kebanyakan kena sacrifice 'pjj' dgn HB. Bila dah mcm ni, pengurusan family pun x smooth. Tak nak la saya...kalo boleh nk susah senang mesti disisi HB.

To be honest, adakalanya saya mmg 'terasa' juga dgn masalah kerja. Tapi, kita bukannya boleh lari drpd masalah kan? (kalau la saya ni jenis yg lari dr masalah, bagaimana la agaknya with my Inas?)..Tetap juga kena berdepan....yg penting, SABAR dan BERTENANG... alhamdulillah, everything will be fine....:)


bersepah tul la meja saya kan?...ni masa busy bangat!...
Walaupun saya tahu, top mgmt di company yg saya cari makan selama ni tak akan membaca coretan ini, saya tetap juga seikhlas hati untuk memohon jutaan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya berkhidmat disini.Menaruh kepercayaan kepada saya...rezeki saya sekeluarga daripada saluran khidmat saya disini...

Alhamdulillah, sehingga kini saya masih sedar diri.....saya perlu membantu HB dan for the sake of my Inas.....

Tak sihat..

Siang td dah pi klnik sbb 2 tujuan :

1. Sambung ubat tuk hilang kebas dan tuk saraf dihujung ibu jari tangan ni. Dah masuk 2 minggu lbh msh x baik betul lagi. Penangan duk nolong2 kenduri kendara kawin baru ni. A big hope..cepat2 la baik...x de la menggangu sgt fokus nk buat kerja..

2. Again..saya mcm sakit tekak + batuk + bersin dh byk kali. Sgt takut sama itu tonsil. So drpd merebak dgn parag, cepat2 amik ubat. Doc cuma kasik ubat kemam jer tuk ilang sakit tekak. Moga cepat sembuh...tamau lagi berjangkit kat my Inas. alo ikut perkiraan, br je tgh bln 5 br ni saya x sihat demam + batuk2....ermm, terfikir juga..adakah penangan or side efek HL...owhh, harap tidak la.....


ini ais krim sedap yang pizza hut punya yer, yg saya makan muarh2je beli kat Giant..hehehe
Balik umah, buka fridge than jenguk ada lak aiskrim. Teringat masa penah kena tonsil membengkak teruk...ms tu leganya dgn makan dan makandan makan ais krim. So terpaksa pendam dulu niat nk pantang ais krim sbb maalah kesihatan ni. Abis cup of aiskrim, than mkn epal separuh bijik. Mlm skit nt nak shake...

Than prepare bhn tuk wat nasi goreng HB. Than mandi n niat nk take rest jap, tp terlajak la pulak sampi bear kul 9 mlm. Cpt2 bangun, gorengkan nasi tuk HB, prepare things tuk esok dan...tolong HB apa yg patut psl this coming seminar...hope sambutannya mcm goreng pisang panasla....

Now dah near kul 1am, mata msh cerah mungkin sbb td dah dt nap 2 jam. So, layan FB, FP dan blogging la apa lagi...

Tuesday, June 23, 2009

Ceria hari ini, tapi....

Wahh!, seronok tau...hr ni turn timbang dan realitinya drop 1.8kg. Alhamdulillah...tersenyum lebar saya. Dan..saya semakin memahami tentang pengambilan makanan yang bersesuaian metabolisme badan saya. Hari ni x puasa, lgpun byk plan nk move there move here with hubby hr ni....

Tapiii....sehari dua ni ada petanda saya mcm x sihat. Sakit tekak n mcm nk ada tonsil jer.... Arghhh,tolongg..tolong..saya sgt takut sama itu tonsil. Bengkaknya membuatkan saya bagai mimpi ngeri disiang hari :(.So, lepas ni terus pegi klinik mintak ubat yer...bertindak awal sebelum parah. Bimbang lak nnt kena tempias kat my Inas...sian dia.

Smlm posa, so thinking hardly jg nk berbuka with menu apa. Kan tgh dlm proses berdiet ni so apa yg ada in my mind ialah yg simple je. Rsnya x penah lagi kalo berpuasa just menu yg simple, but since my life with HL ni...kena sacrifice la....it's ok, asalkan berbaloi....


ikan kembung bakar dan sotong bakar cicah with air asam....dan..durian lagi...:)

Monday, June 22, 2009

Seadanya saya...part 2

Nak tau lagi psl saya....bukannya nk suh org amik tahu pun, tp saya sajer nk catitkan pasal seadanya saya ni. Biar saya kenal diri sendiri...ingat pada diri sendiri....

Kdg2 suka memikirkan perkara kecik lebih2..tu yg buat mcm x ceria je muka. Tak bagus kan?..lately ada 3 perkara yang duk berlegar difikiran..

1. HL - never lose hope...mula masa day 1-day 30 mmg happy sgt with HL sbb mmg nmpk perubahannya. Tapi...from wk to wk, tgk graf weight drop sgt slow....mmg ada rs stress juga. Mula la duk sibuk2 ty org2 lama HL, takut juga cara saya with HL yg x kena....besar harapan saya utk kurus ni...sgt besar...sgt besar....hrp sgt berbaloi dengan RM yg dah dikeluarkan...semoga sy tidak terlalu meikirkannya dan tetap maintain dengan disiplin HL...aminnn

note : tgk duk cr idea mcmana nk crk duit lebih tuk maintain spend every mth with HL

2. My Precious one...never lose hope. Semoga Tuhan membantu kami. Kdg2 sampai dah tatau nk cr idea apa utk perkembangan yg lebih baik. Tp makin lama kalo x diusahakan sesuatu...mmg kesian sgt. Sapa tak sedih kan?...kami as a parent mmg bsr sgt harapan....nak tgk anak ibu dpt membesar mcm kanak2 lain...kita pegi jln2, beach main air...playground...mall window shopping with ibu...bila agaknya?..dah merata tempat kami bawak utk dptkan rawatan...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...semoga ibu dan ayah akan sentiasa bersabar dan menjaga anak kami dengan sebaiknya. Bukan diminta jadi begini.....ibu sayang Inas..




note:..ada masanya, mmg luluh hati bila mengenangkannya, tapi saya kena kuat semangat...kuat semangat for a sake of her...tapi, bersyukur sbb murah rezki inas selama ini, alhamdulillah

3. Timetable

Tak lama lagi dah nk start lecture balik. Biasanya awal semester mcm ni, mmg x sabar2 nk tau psl timetable. Td dh check juga timatable ni, dah spoil skit mood sbbnya dah ada time kelas ptg kul 4:30pm-6:30pm..x best langsung :(.Bknnya apa...bknnya x bole kelas petang, but bila time HB keja siang tu yg agak leceh sbb kena berkejar tuk amik my Inas pulak kat nursery, kesian kat dia amik lambat....mcm mana yer?..nk mtk tlong with atuk n tuk ma selalu sgt pun mcm x best juga, org lain x sama handle anak kita mcm kita handle kan..?...apa2 pun, thanks kpd org sekeliling yg mmg ada membantu....tau atuk n tuk ma sayang my Inas juga...

Boley jd stress ke fikir byk2 ni?.....ermmmm...

Sunday, June 21, 2009

Seadanya saya....part 1

Weekend ni duk memerap je kat umah sbb HB keja. Tak mcm biasa, kali ni target nk rest..so, bila dah kat nak rest means x byk sgt wat keja umah. Cuma xtvt didapur sdh tentu sbbnya mmg dh sejak awal kawin, makan minum HB adalah tanggungjawab saya...yer, tanggungjawab..bila dah kata tanggungjawab means mmg kena buat kan...?

my ruang dapur yg tak besar sgt...cukuplah tuk 3 beranak


Saya mmg x sampai hati utk biarkan HB makan diluar sekiranya saya tiada apa2 halangan utk kedapur. Melainkan ketika saya tidak sihat. Alhamdulillah, HB tidak cerewat psl makan malahan sgt simple menu peberetnya. Cuma kdg2 saya pulak yang terlebih emotional...kenapa emotional erkk?..ada masanya HB mcm sekadar (adakah betul atau saya sajer yang emo..?)jamah n sentuh gitu2 je makanan yg saya masak.Masa tu mmg fikir, adakah masakan air tangan sy tu tak sedap?..atau tak kena dgn selera dia?..atau dia sememangnya x lapar sgt time tu?...ermmm, tah la...

HB yg mmg selera makannya kecik sajer....

Now bila dah hampir day 35 with HL, bila saya memasak utk dia..saya catu cukup2 je makanan tu, make sure hy utk dia dan x de lebih2. Kalo dulu bila ada lebih2 je, saya la yg kena perabih sbb sayangnya nak dibuang gitu je...saya ni seorang yg jenis x suka membazir...dlm kata lain, boleh berjimat cermat.Bila dh spend RM tuk HL, dpt rs blanje brg dapur pun dah berkurangan. Ye lah kan..saya berpantang tuk makan yg heavy2 food ni, so blanje dapur bg barang basah x la semewah dulu lagi...

note : penah merajuk 2-3 hr bila terasa mcm HB tak berminat je dgn apa yg saya masak...


Weigh Loss Surgery

Happy Father's Day...


Selamat Hari Bapa....istimewa buat HB. Saya tahu HB mmg layak untuk menjadi ayah my Inas. Ayah mampu menguruskan Inas tanpa ibu....banyak membantu ringankan keja2 ibu...ibu bersyukur sgt2 kerana ayah yang terpilih untuk Inas. Terima kasih ayah..... terima kasih kerana sayangkan ibu dan Inas sepenuh hati....dengan sepenuh perhatian diberikan...terima kasih ayah, we love u so muchh.....


Selamat Hari Bapa.... istimewa buat Abah. Terima kasih diatas segala pengorbanan dan kekuatan untuk 'membesarkan' saya selama ini. Tanpa perhatian dan tunjuk ajar Abah, saya tidak akan sampai berada di tahap ini...Kasih berpanjangan untuk Abah yang kini menjadi sahabat gurauan saya sepanjang hayat ...

Lastly...Selamat Hari Bapa juga untuk Abah Mertua saya. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagian dunia dan akhirat....(x ada pic abah dalam simpanan saya..)

note:..saya tahu, tak mungkin org penting dlm hidup saya ni membaca coretan ini...namun, ini lah kata2 yang sentiasa berada di lubuk hati saya yg paling dalam...

Saturday, June 20, 2009

Memahami makna.....

Bila kepercayaan kita pada seseorang makin pudar..mesti bersebab kan?...Sekarang saya terasa keadaan itu. Seseorang yang saya letakkan kepercayaan..seolah2 mengkhianati janji. Atau mungkin lebih tepat lagi...gunakan kata -> tikam dari belakang?....entah lah...

Why u doing this to me....?...rasa nk mengalir je air mata ni, tapi kutahan...tahan..tahan....

Terima dengan lapang dada

Menjak lps hari "konvo" taska my Inas, kluar news dlm paper n dalam tv juga ramai kwn2 yg duk sms or msg me bgtau nmpk muka HB. And also ramai juga yg bertanyakan psl my Inas. Saya dgn senang hati (sebolehnya) explain kpd mrk2 yang berkenan itu. Terima kasih atas keperihatinan dan semangat yg diberikan. Tapi, hanya kami yang tahu dan merasa susah senangnya 5 thn bersama my Inas ni. Segalanya kami kunyah dan telan dgn cukup berhati2... agar tidak ada yang tersedak pun...

Ibu sayang Inas..
So far, alhamdulilah...kami miliki segalaNya. Insyallah, semuanya berkat drpd my Inas. Semoga kami dimurahkan rezeki yang berpanjangan...

Friday, June 19, 2009

Saya hari ini....dan cerita semalam

Sampai ofis hari ni..mcm biasa saya on kan my laptop..There is a few menda yg akan saya selalu buat dulu.....

1. check email ofis, tgk ada email arahkan wat keja apa2 tak....

2. sign in my FB...wajib ni..go thru 'status update' my kwn there....n see the notification....n..check if ada kwn yg request me to accept for adding them in my list. 2 day mmg ada pun...sgt excited sbb my kwn lama, ada juga la nostalgia with dia ms skolah2 dulu...so impress dgn dia sbb skrg dh ada anak 3 dan staying at Saudi Arabia.....

3. sign in my FP, my dunia piccas saya...lately agak slow update due to my laptop yg sebelum ni kacau bilau skit..

4.visit my blog...(ni my task yg terbaru :)) n adding some posting...is a must tau...

5. baca paper online..biasanya mmg go thru hmetro, bharian dan utusan...

6. than baru lah....cont with my work....keja..keja..keja.....

Jap lagi ada farewell party yg tetiba aje ada tanpa ada perancangan seperti biasa to my click ofis yg akan resign sbb nk cont study Master full time. Semoga dia success.....:). Saya ni bila la nak abiskan my MCIE yg dah lama tergendala tu....semoga urusan saya dipermudahkan...aminnn....



Bersama Zuria yang akan menyambung Master dan ibu mengandung Najibah yg selera makannya mmg mengasikkan sekarang...:)


Dugaan pada saya yang bersama HL ni. Aksesori nasi lemak yang sungguh menggoda.....colek jambu air yang cukup mengecurkan air liurku......adehhhh!..dugaan..dugaan....
Cerita semalam....setelah sebulan bersama HL, saya memendam rindu pada beberapa peberet food due to kena tahan..tahan..tahan...Antaranya ialah tom yam. Excelli saya mmg addict gila with any sup....termasuk lah tom yam. So, smlm...dgn kadar yg pantasnya...saya ligat menyediakan bhn2 tom yam seafood. Inilah hasilnya......dan HB pulak singgah kat pasar tani td n ternampak durian, so apa lagi..rembat la yg selongok RM10 tu jer....saya dan my Inas apa lagi, mmg hantu durian...lps dah abis semangkuk tom yam, pulun lak durian....bestttnya, (lepas makan durian br lah crk info psl kalori dll kat intenet....hehehehehhe)


tomyam exspress dan durian selonggok RM10..alhamdulilah...
Ada keja yang menunggu saya. Jeng...jeng..jengg...tu dia menggunung tinggi setelah hampir seminggu lebih mengumpul....dgn segenap tenaga dan semangat yg tinggi, sy bertekad tuk menyudahkan operasi lipat melipat ni mlm ni juga. Konon nk take nap jap..tapi puas berguling2 atas katill, mata mcm tak izinkan je saya rest (agaknya mata pun tau ada keja yg x sudah2 lagi..).So, saya teruskan lah jua dengan semangat juang yg tinggi melipatkan kain sambil2 tgk tv di hphone cina saya nih.....


Aduhh...ni longgokan seminggu lebih ni, buat malu je kan...?

Thursday, June 18, 2009

Mood pagi ini

Seawal pagi ni..ada 2 mood yang saya rasakan...good mood n bad mood. Nak share mood yang mana dulu ehh?....

Good mood dulu la...hr ni genap (kalo ikut tarikh) sebulan (day 31) saya berdisiplin with HL. Maknanya timbang hr ni tuk nk tau total weight drop saya setelah 30 hr bersama HL. Suka sangat tau...total weight drop saya 9.1kg. Satu perkembangan yg sgt bagus.....yg mmg sy nntkan tuk buktikan pada org2 sekeliling....mmg dpt rs few perubahan pada myself especially loss inci sana sini (dh mula cr2 smula baju2 yg tersimpan dlm kotak...:)). Yg msh x de perubahan incinya ialah pada bhgn lengan dan pipi sy yg msh tembam....:), x pe la...slowly k....

Bad mood lak....x suka sbrnrnya nk citer or ckp menda yg x brp bagus mcm ni. Tapi since ni blog saya, bkn menumpang blog org lain...x salahkan saya express my feeling here. Hope lps ni saya rs lega la sikit walaupun hy luahkan kat sini..bkn pada sesiapa pun.

Awal pg mood mmg cantik...tapi x bertahan lama pun hy disebabkan sepotong kata. Agaknya la kan, saya yg terlebih sensitif. Hanya itu sj difikiran saya utk calm n cool diri sendiri. Tapi la kan..kalau anda brd ditempat saya, mesti la x mau dgr dan terima any negative word lbh2 lagi masa awal2 pagi kan....sure bole menjejaskan performance kita for d whole day kan...? Saya cuba nak buat derkkk je....tapi kan, sedih mmg ada rasa. Buat derkk je laa....jaga hati baik2 ok!

Kesimpulannya, sebelum nk jaga hati orang, sebelum nk hormat orang lain...kena jaga hati dan hormat diri sendiri dulu. Letih juga kan....bila rs x de silap apa2, tp org treat kita mcm ni?...x pe lah, saya cuba utk tdk sensitif terlebih.....

Wednesday, June 17, 2009

Sehari ini...

Hari ni saya on leave kerana nk menghadiri jemputan majlis "konvo" atau hari penyampaian sijil taska my Inas. Ok la, not so bad sbbnya saya dh sedia maklum thn ni depa punya preparation agak kelam kabut sikit. Plus lak my Inas mood the very x bagusnya...timing tak kena sbbnya jemputan VVIP lambat lak tiba dan dia dh byk kali menguap daaa. Ikut tentatif, should start kul 9am tapi 10:30am br start...biasa la kan...:(

tgk la my Inas tu...dah mcm2 ler, boring dah menunggu VVIP lmbt sgt

Kul 1pm dh ada kat umah. Saya sempat uruskan kain baju kotor satu mesin (alamakk, kain2 dah menggunung tunggu tuk dilipat..) dan get ready nk pi buat SPA for facial n massage. Took only 3hour, than saya balik umah siapkan pulak dinner for hubby. Alhamdulillah, so far walaupun saya berdisiplin dgn HL, tugas dan t/jawab jaga makan minum HB tetap x diabaikan. Saya cuma plan amik roti 2kpg sapu jem dan juga telur separuh masak 2 biji, alhamduillah kenyang...kul 9 pm saya shake. My target for this week cb utk tidak sentuh nasi. Excelli ada rasa ralat sikit with timbang yang terbaru ni...Day 29 (smlm) saya timbang just turun 900g jer..mmg dah agak pun sbb 2 minggu berturut kenduri kawin family tu byk jg ngelat makan...apa2 pun, sepatutnya bersyukur juga sbbnya...turun juga kan?...

Tunggu abis period ni, nk mula posa ganti..than aft that nk posa sunat every mon n thu. Hopefully...semuanya berjalan dgn lancar....

Tuesday, June 16, 2009

Cubaan yang berjaya

Tadi ingatkan mmg sah2 dah nk mintak Mr Z dr IT depar. tolong formatkan. Sementara menunggu dia, saya cuba2 sendiri lagi tuk 'godek2' sendiri lagi (sbb dgr2 Mr Z caj mahal juga..)Dan akhirnya.....saya mcm berjaya...hhahahah, macam berjaya la kut...sbb dh byk kali restart n try wat editing, x de lagi dah piccas yg tunggang terbalikk...lega sangattt, selamat duit saya.....

Tak sabar nk wat editing, koleksi piccas sgt byk menunggu nih....

Jiwa kacau...

Ni dah masuk minggu ke 3 jiwa kacau sbb my laptop ni x stabil. Salah sendiri pun ye jugak...dwnload itu ini from intenet than...byk lah virus yg duk menumpang. Lak tu bila kat ofis mmg connect with network there, ermm...lg mudahlah segala bapak2 dan ibu2 virus menular masuk. Yang lagi sadisnya, tiap kali masuk lab, cucuk pendrive than dapat ler jugak virus....lak tu cucuk lak kat my laptop....antivirus yg ada byk kali dh tukar2....aduhhh, letih sungguh laa...

Yang jadik makin kacau jiwa ni...sementara leh bersenang lenang x de kelas time student2 cuti ni, nk ler je mengembangkan bakat dan skill wat scrapping, tapi tup2 duk ngadap 1-2 jam bila save than bukak balik...editing td dah jdk tunggang langgang semula...arghhh!, letih tul la....


Now dah tau jawapannya...mmg sah2la laptop ni nk kena format ni. Tunggu punya tunggu my ex-stud yg nk nolong...x muncul2, sedangkan saya dah gelisah x senang duduk ni....my target nk mintak tolong wit Mr Z dr unit server it..tp x dpt2 lagik jumpa dia nih...mana dia ni?....ermmm...nk format sendiri x penah la menjadinya......:(

ada lagi satu citer....nnt sambung erkk...

Related Posts with Thumbnails