Monday, March 28, 2011

Finally...Iman is HOME!

At last, after 63 days of life..my Iman boleh discaj from HTAA. Sudah tentu terbit satu rasa yg sungguh2 melegakan buat ibu dan ayah mungkin kerana sudah x perlu berulang alik ke HTAA setiap hari untuk menjenguk anakanda kami ini yg berumah disana selama ini.

Thanks a lot to Doc Sumi yg mengotakan janjinya utk membenarkan Iman discaj hari ni dengan berat rasminya 1986kg, melepasi tiket boleh discaj 1.8kg :) ( x lepas jugak target ibu nk wat balik Iman dgn berat 2kg, tp ttp syukur..amin!). 

Untuk segala keperluan dan kelengkapan Iman, mmg awal2 lagi ibu dah ready. Katilnya yg diberi pinjam oleh my sis (baby coat -> katil kayu "pusaka hidup" adik beradik ibu serta sepupu sepapat yang digunakan Inas ada didalam stor, malas kami tuk membukanya semula) sudah ibu siapkan sebaik dan seadanya, baju2 dan kainan Iman juga sudah tersedia dibasuh, disusun dgn sebaiknya. Tilam dan tempat tidurnya juga dibentang dgn seadanya untuk Iman. Harap sgt Iman selesa dirumah nanti...

Mlm pertama Iman di rumah, semuanya baik2 sahaja..Ibu tetap mengikut masa tuk beri feeding mcm kat ward agar Iman selesa. Pada mulanya, ibu ada risaukan juga dgn timing feeding Iman janganlah terlalu lama tuk Iman abiskan susunya. Dan alhamdulillah, Iman is gud girl...bantu memudahkan pengurusan ibu. Sampai masa, mmg otomatik Iman akan menangis memberikan sign yg dia kelaparan. Disebabkan, kakaknya is my Inas sgtlah sensitif dgn bunyian dan terang cahaya lampu (dia turut akan terjaga dan tersangat mencabar tuk tidurkan dia semula), jd ibu dan Iman terpaksa pindah tido di bilik tamu. Iman akan diberikan feeding 3jam sekali, dan utk mlm jadualnya 11pm...2am...5am...dan seterusnya. 

Dan ibu, melalui hari pertama dgn Iman dirumah mmg mengubah gaya serta masa tido yg biasanya. Fuhh! agak terasa lesu dan lain juga tp demi anak2 ibu...kena kuatkan semangat. Ayah byk membantu menguruskan si kakak, dan ibu seharusnya fokus kpd Iman yang masih nampak kecil ini tapi insyallah semangatnya besar...aminnn!

Terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang bertugas dgn sebaiknya merawat dan menjaga Iman Wafiqah selama ini. Only God can repay all ur kindness...aminn!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails