Wednesday, February 16, 2011

Day 23 : Diberikan antibiotik

Iman diberikan antibitok untuk selama 5 hari...Doc mengatakan mungkin ada jangkitan kuman berkenaan dengan masalah penyusuan Iman. Ibu agak bingung kejap..tapi cepat2 sedar dan bertenang semula, yg kena terima hakikat bb prem mmg mudah untuk kena infection kuman...

Mesti fikir positif...yg Iman akan dapat menyusu dengan baik. Ini mungkin dugaan yang Iman kena lalui ntuk membesar. Sabar ye anak ibu...

Tuesday, February 15, 2011

Day 22 : Suspen!

Iman dipindah ke bilik2...fuhh! mmg agak suspen dan mendebarkan bila ayah balik bagitau mcm tu (-_-). Bukannya apa, ibu risau dan resah kut2 keadaan Iman menjadi tak stabil. Tp rupanya bila ty nurse, katanya x de apa problem pun..cuma sbb blik 3 tu terlalu tight dgn baby2, so Iman ditumpangkan di bilik 2 nilah. At least perhatian drpd Doc dan nurse agak special sikit......ermmmm!

Lega mendengarkan nya....dan wayar oksigen kecik pun dh dicabutkan dr hidung Iman...means Iman dh boleh nafas dengan sendiri. tapi masih ada salur oksigen di masukkan ke dlm incubator tu....

Cuma yang msh meresahkan ibu, bila Iman msh lg x boleh feeding. Nurse kata, pagi td ms nk cuba bg susu, Iman muntah pulak lagi.:(. Aduhh!...kesian anak ibu...msh x serasi tuk menyusu nampak gayanya...Yang ibu harapkan, doa bebanyak agar Imanx de masalah yg berkaitan dgn usus atau perut...

Semoga Tuhan membantu Iman untuk lebih kuat dan dapat membesar dgn sebaiknya....aminn!

Monday, February 14, 2011

Day 21 : Rimas tapi perlu memahami

Walau dpt jumpa Iman kejap je hari ni, syukur juga dapat tatap wajah Iman. Bb Iman msh x boleh feeding, msh berpuasa. Timbangan berat hari ni naik hy 40g shj menjadikan 1360g. 

Agak terhad sentuhan dan urutan yg ibu boleh buat sbb Iman dah duk dlm inkubator. Ibu tetap berckp2 dengan bb Iman mcm biasa. Tapi agak rimas bila terpksa kluar menunggu 2-3 kali sbb doc ada buat prosidur. Tapi ibu dan ayah sedar, kami ttp kena sabar dan perlu memahami tugas doc dan nurse.

Ibu doakan agar perut Iman selesa dan dapa menyusu dgn sebaiknya......

Sunday, February 13, 2011

Day 20: Incubator & puasa

Agak frust sbb hr ni x dpt nak berlama dgn Iman..juga x dpt nak sentuh dia serta berckp2 dgn Iman sbb kesibukan Doc yg ada membuat procedur pd bb lain. Iman dah masuk ke "rumah" baru -> dlm incubator hari ni.

Not nice to hear, that Doc Sumi ckp Iman kena puasa lagi sbb perut nmpk mcm buncit lagi. Ohh! kesiannya...:(. Berat yang tercatat di name cardnya ialah 1320g. Esok ibu akan datang lagi untuk memberi kekuatan pada Iman...

Ya Allah!...aku mohon agar ankku dijauhkan daripada sebarang komplikasi kesihatan, mohon diberikan perlindungan kesihatan yg baik pada anakku...

Saturday, February 12, 2011

Day 19 : Berpindah bilik

Dalam ward NICU ni...keadaan bb yg dirawat ditempatkan mengikut bilik. Yang paling worst ialah di bilik 1,2 dan 4. Bilik 3 adalah peringkat pertengahan...dan yg paling stabil di bilik 5 sebelum perlu ditransfer ke ward SCN. Gud news for today, Iman dh dipindahkan ke bilik 3. Alhamdulillah.....petanda baik.

Tapi x dpt nk updat mengenai Iman hr ni sbb ayah x dibenarkan masuk walaupun dh tunggu hampir 2 jam sbb Doc ada buat procedur. X per, kami perlu memahami keadaan ini...insyallah esok ibu dan ayah dtg visit Iman spt biasa....

Friday, February 11, 2011

Day 18 : Good sign!...

Alhamdulillah, berkat doa ibu dan semua...hr ni bb Iman dah dicabut dgn support ventilator, means it's good sign yg Iman dh boleh bernafas dgn sendirinya. Jls nampak bentuk mukanya yg comel. Ayah dan ibu bersihkan badan Iman, sapu olive oil pd kulitnya yg kering dan dpt urut2 serta usap badan bb Iman. Ada reaksi aktif yang Iman berikan...Alhamdulillah..good sign!

Dapat tanya apa plan Doc, monitor feeding for weight gain. Insyalah, Iman akan dpt menyusu dgn baik....Iman berhak mendapat yang terbaik dengan izin kuasaNya......aminnn!

Thursday, February 10, 2011

Day 17 : Selawat sebagai ubat

Visit bb Iman hari ni, wayar oksigen msh tdk dicabut. Sian tengok kulit bb dah abis kering, panas sbb duk bwh lampu itu. Tp Iman ttp aktif gerak, sesekali cuba membuka mata tuk melihat ibu. T.kasih Iman. Adakalanya terdengar suara tangisnya..menguap juga sesekali...

Ibu selawat byk2 kat telinga Iman (bacaan selawat yang ibu dpt drpd pusratu tempat rawatan ikhtiar untuk Inas). Cuba memberikan kekuatan dan perdengar kemuliaan selawat...semoga dgn izinNya Iman akan cepat pulih dan sihat serta dapat menyusu dgn sebaiknya.

Msh x berkesempatan tuk jumpa Doc Chan (kwn ibu), utk nk tau apa plan doc yg seterusnya....

Wednesday, February 9, 2011

Day 16 :Terima banyak sokongan

Hari ini baru ada sikit kekuatan utk membalas msg kwn2 di FB. Sebelum ini, saya mmg langsung tdk membalas sebarang msg / email serta tidak menjawab panggilan telefon drpd org luar yang semestinya ingin mengethaui ttg perkembangan baby Iman, tidak mahu emosi yg bergelodak ini mengusai diri ketika menjawab pertanyaan mereka. Dengan seadanya saya menuturkan ayat....mungkin ada berbaur emosi sedikit (-_-). menatap msg2 supportive from kwn2 membuatkan saya cukup terharu....T.kasih yg tidak terhingga kepada mereka2 yg concern ngan situasi saya....Moga ini semua dpt menjadi bekalan untuk saya membantu semangat dan salurkan kekuatan itu kepada Iman...

Blog walking baca kisah premie named Rayyan, teruja dgn kesungguhan mamanya untuk seorang anak istimewa begitu. Juga sgt senang dgn bait2 kata yang dicoretkan di blognya.

Ibu semakin kuat dan redha dengan segala ketentuanNya. Rindu pada Iman...Doa ibu hari ini, agar Iman dapat bernafas dgn sendiri dan dpt menyusu dgn baik. Ya Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui, sembuhkanlah kesusahan anakku dengan sebaik2 kuasaMu....

note: Kesian Inas, hr ni fit sekejap cuma dlm kereta masa ayah nak pi htr ke INTAZ.....(-_-)

Tuesday, February 8, 2011

Day 15 : Respon yang baik walau tak buka mata

Dapat berada lama disisi Iman hari ini. Ibu hadir disisi Iman tuk bagi support, semoga Iman dpt rasakan getaran kekuatan ibu hadapi dan sabar menantikan Iman sihat.

Iman bagi respon yang baik...nampak katif, genggam tangan dan bergerak angkat kaki...walaupun mata masih tak buka...X pe Iman, mungkin Iman perlukan rehat yg secukupnya..

Ibu berselawat berulang kali, moga dgn izinNya dapat jadikan penawar bagi Iman.....aminn!

Monday, February 7, 2011

Day 14 : Iman kena puasa

Masih lagi dgn masalah perut nampak buncit aka kembung tu. So, Nurse bagitau hr ni Iman kena puasa, so x de bagi feeding pada dia..lar hai....kesian betul lah...Doc Chan kwn ibu tu bgtau kat ayah, nak test darah kut2 ada masalah dgn usus...so scared bila mendengarkan nya....

Ibu jadi resah dan x senang duduk bila mikirkan tentang keadan Iman yang berjuang untuk hidup....Tapi cba untuk berfikirkan positif shj...

Ibu mohon doa pada Tuhan, agar Iman bebas drpd sebarang komplikasi lain...semoga Tuhan melindungi Iman Wafiqah dengan sebaiknya....

note : Kesian pada Inas...ibu x mampu nk tolong uruskan kakak Inas betul2 dlm keadaan berpantang begini..sabar ye sayang....

Sunday, February 6, 2011

Day 13 : Perut kembung

Biasa bg bb yg dlm pantang mengalami keadaan perut 'kembung". Tak terkecuali juga dengan b Iman ni. T itu istilah bisanya hanya kita org2 biasa yg menganggap begitu...tapi bila berlaku kpd bb premature seperti Iman, Doc akan take precaution dgn memberikan ubat antibiotik, kut2 ada terkena jangkitan kuman....:(. Apa nak kata kan..semoga Doc tau apa yg terbaik sebagai ikhtiar tuk merawat Iman... 

Feeding cuma 1ml per 4 hour....sikit yg amat, nak kata sesudu teh pun x sampai sukatannya....ermmmm! Nak disapu apa2 minyak pada perut Iman mmg tak boleh lah...

Hr ni juga Iman dipakaikan semula dgn oksigen ventilator, kata Nurse sbb slm nmpk mcm dia penat sikit bernafas. :(. Mmg x happy bila dgr tp asalkan plan Doc tu betul ibu kena redha je lah.....

Saturday, February 5, 2011

Day 12 : Masih lagi dgn support oksigen

Ibu x dpt pegi visit bb Iman hari ni, ayah mcm biasa mesti pegi visit. Ayah kata bb Iman dh dicabut bantuan oksigen dgn ventilator tu...cuma guna wayar oksigen halus ajer. Alhamdulillah, nice 2 hear that. Means 12 hr jugak lah Iman guna ventilator, compared ngan Kak Inas dulu hanya 2 hr shj...x pe lah, setiap anak 'kisah' mereka berlainan kan?.....

Dan ayah kata lagi, bb Iman dah buka mata...khabar +ve drpd Iman, alahamdulillah.

Syukur pada Tuhan yang menciptakan segala yang terbaik buat kami....amin!

My sis n her families ada dirumah mama ni...jutaan t.kasih pada dia yang mmg sgt2 byk membantu especially memberikan pinjam mcm2 barang, drpd barang guna masa peknen, masa dlm pantang, brg2 baby...dan segala mcm lagilah....Love u so much K.Long, i owe u alot...! Dan specialnya, now she's in mode "mabuk2" juga...ohh, x sabar rasanya nak terima ahli keluarga baru lagi.. :). Alhamdulillah!

Friday, February 4, 2011

Day 11: Solat hajat untuk Iman

Hari ni ada majlis tahlil arwah Tok Ki dibuat di rumah mama ni. So akan ramai yang hadir ahli keluarga dan jiran nanti. Kami turut tumpang majlis ini tuk membuat solat hajat untuk Iman, berdoa agar Iman cepat sembuh dan sentiasa dibawah lindunganNya... 

Menu2 yg ada mmg mengancam selera habis2an...wat to do, saya br je 11 hr dlm tempoh berpantang So mmg wajib pejam mata shj lah dgn pelbagai rasa menu yang terhidang ni......

Bila dah ramai2 berkumpul ni, mcm2 pertanyaan yg harus dijawab. Saya sekadar bercerita dan menjawab mana yg patut2 shj...Kerana mmg saya yakin, dl ramai2 yang bertanya..dalam ramai2 yang memberikan sokongan...dalam ramai2 yang ingi berkongsi rasa...mmg ttp ada 'mereka2' yang msh "lepas cakap" mempersoalkan mcm2....:(. I's fine, saya sememangnya telah 'kebal' dgn bunyi2an yang serong sebegitu...t.kasih kepada mereka2 yang byk memberikan sokongan dan semangat kpd kami..semoga kata2 tersebut menjadi doa yang mustajab buat anak kami Iman Wafiqah...aminnn..!

note : terima kunjungan drpd MIL secara senyap2...dan pics Iman yang berjaya disnap kami tampal di dinding buat tatapan awal kpd para tetamu.....

Thursday, February 3, 2011

Day 10 :Sikit tapi banyak sebenarnya

Hari ni timbang berat bb Iman, tertera di kadnya 1230g..means naik sebanyak 150g. It's gud enuf pada bb Iman yg sekecil iu...Alhamdulillah!...Feeding br 5ml per 2h..pun sama, sgt sedikit sebenarnya tapi cukup byk pada bb Iman yg sekecil itu....

Kita mesti realistik...prematured bb x sama 'layanan' dengan full term bb. Sebabnya bb prem ni segala2nya organ tidak matang. So perlu diberi perhatian dlm tempoh yg tertentu untuk mematangkan organ2 tersebut especially paru2 yang membantu mengepam darah ke jantungnya. 

Saya mula meng 'google' info ttg prematured bb di intenet ni..sekadar tuk menambah knowledge untuk penjelasan dan mencari kekuatan....

note:..akhirnya dapat juga snap curi2 pic bb Iman, sekadar tuk simpanan sendiri shj....

Wednesday, February 2, 2011

Day 9 : Ada khabar melegakan

BB Iman di nilik no 4 di NICU ini. If i'm not mistaken, condition bb ditempatkan mengikut tahap bilik. Means bilik yang paling kritikal is room no 1...than 2..than 3..than 4...and last room no 5 is for baby yg hy tunggu masa nk ditransfer ke ward SCN shj. Adakah benar Iman diroom 4 bermakna tdk kritikal sgt?....No idea...:(. Yang hy boleh dikatakan, from my personal view n past experience...Bb Iman now is much better compared than her sister 7ths yrs ago...Mudah2an...aminn!

For me, mmg agak gelisah selagi Iman dipakaikan dengan mesin ventilator. Means dah hampir 8 hari msh juga bergantung dengan bantuan oksigen lagi. Agak lega bilik nmpk bb Iman memberikan respon pabila disentuh. Dan..Doc Chan is my friend di SMART dulu...respect pada dia yg dh berjaya menjadi Doc Paed skrg...Ayah diberitahu olehnya, Iman sabil..tiada komplikasi lain...alhamdullah...! sudah cukup membuatkan hati ibu dan ayah lega...walaupun tdklah selega mana sgt pun......syukurr!

Lenguh tangan dan sakit pinggang terasa bila memerah susu, ibu sanggp ajer untuk kebaikan bb Iman...

Tuesday, February 1, 2011

Day 8 : Preemie named IMAN WAFIQAH

Usai seminggu umur baby..seharusnya sudah ada nama yang terbaik untuknya...

"IMAN WAFIQAH"...akhirnya terlintas nama ini difikiran saya. Sebetulnya, a few days b4 bb's arrival..mmg saya duk asik mencari nama yang lebih sesuai. Maksud saya, nama berpangkal 'Iman' itu dah sewajibnya saya tertarik...cuma mencari cantuman nama di belakangnya....(dan juga berpangkal dengan huruf I juga sama seperti kakaknya)

Sejak awak bb menghuni didalam rahim saya, mmg saya dh mla berckp2 dan memanggil bb dgn nama 'Iman'. Begitu juga tika saya mengajak my Inas berkomunkasi dgn bb...saya perkenalkan bb dengan nama "Iman' pada kakaknya....

Alhamdulillah...En HB pun bersetuju dengan nama "IMAN WAFIQAH" ini yang bermaksud 'Kepercayaan seorang Pemenang". Doa ibu dan ayah agar bb Iman sentiasa teguh dengan kepercayaan dan sentiasa menjadi seorang pemenang.

*********************************************
Hari kedua berurut (sebetulnya hari ke 4 dh berurut) dgn K.Niza, kami msh lagi berkongsi byk citer mengenai anak prematured. Sungguh respect dgn ketabahan dia walaupun sekali-sekala terdengar juga keluhan panjang  yg terkeluar. Saya hanya mampu sperti org lain juga...memberi kata semangat (sama spt yg org lain katakan pada saya juga)....Dan sesungguhnya, hanya kami shj yang merasai "kesusahan" yang dialami....

Owhh...bb Iman terkena semua penyakit jaundice hr ini. Saya tenang2 shj mendengarnya...x perlu gusar apa2 sbbnya bb Iman akan 'selesa' di bawah pantauan Doc di sana. Bak kata mama saya, org tua2 kata.."selagi tak tercabut tali pusat, kuning itu biasa lah...". Insyallah, semoga semuanya akan baik2 shj...

Ibu sedaya paya melakukan rutin 3 kali sehari untuk memerah susu....Mmg x sanggup biarkan breast engorge krn mmg sakit....
Related Posts with Thumbnails