Saturday, May 19, 2012

Yeahh....dah ada Deep Freezer

Sila abaikan sahaja peti yang disebelah kanan tu yer, mmg nampak serabut sangat ngan susunan FM yang ada tu. Ermmm...ni gara2 bila si kenit Iman sudah pandai menjadi tukang atur susun, maka begitulah jadinya paparan FM2 itu......

Yang nak diceritakan ialah menda alah ni...hehehe. Seronok sangat ibu bila dah ada menda ni kat depan mata. Pada saya mmg penting sangat sebab mmg jenis berasapkan dapur kan...so senang sikit nak beli bekalan stok barang2 basah...x lah leceh beli sikit2. Selama ni (sebab x penah survey) ingatkan harganya mahal mencanak...tapi rupanya tidaklah semahal yang disangka.

Esoknya...apa lagi, terus ajer memborong sakan2 barang2 basah seperti...ikan, ayam, daging, bahan frozen yong tau fu, sosej, daging burger, fish cake, fish ball, udang, sotong......fuhh!...sgt heaven rasanya huhuhuh

Dan, bahagian frozen yang dalam peti lama tu...saya penu pulak dengan 2-3 jenis ais krim.....melampau tak?.....huhuhuh

Friday, May 18, 2012

Dah pandai pun...

Excited sangatlah ibu ni...setakat Iman dah pandai pegang botol susu pun nak dicatatnya....hehehe. Tapi tulah hakikat sebenarnya bila berada di tempat seorang ibu yang mempunyai pengalaman memantau perkembangan anak yang lahir tidak cukup matang ni....

Menjadikan ibu ni memang status seorang "ibu yang perisau" tidak kena pada tempatnya....huhuhu. Tiap kali duk perati bila lah Iman ni nak boleh itu....bilalah Iman ni nak boleh ini....So yang latestnya ibu duk nak tanda pada cehck list ialah "bilalah Iman nak pandai pegang botol susu sendiri?".....

Dan secara tidak sedar pun, akhirnya Iman boleh dah pegagng botol susu sendiri yang kdg2 dengan stail yang sungguh bergaya.....waduhhh!....hehehe

Alhamdulilla.....ternyata perkembangan Iman baik2 sahaja, normal mcm kanak-kanak yang lain. Next, yang ibu duk x sabar nak tengok pulak ialah...bilalah Iman nak buleh pandai berjalan pulak ni....Merangkak dah laju benornya, memanjat dah mcm gaya x takut apa2 dah.......

Sabar ye ib...Insyallah, Iman akan tunjukkan perkembangan yang baik2 sahaja lepas ini....

Aminnn....Thanks Allah!

Thursday, May 17, 2012

Terharu.....

Kisah Mother's Day...

So touching my feeling bila dapat kad ni (yang direka khas oleh kakak di PDKInas) ....buatkan saya menitiskan air mata seketika. Walaupun pada hakikatnya ini bukanlah coretan sebenar daripada Inas, tapi saya pasti kalau Inas seperti kanak-kanak yang lain mmg inilah yang dia akan ucapkan buat saya. Bila saya baca kad ni, terus ajer saya pandang Inas....peluk cium dia berkali2, dan dia seperti bila mengekek gelak, comell sangat dia....

"Happy Mother;s Day ibu"...simple aje ayat yang tiba2 dituturkan oleh En HB sambil menggenggam erat tangan saya membuatkan saya tersentak dan merasa terharu menyelip didalam hati.Saya balas dengan senyuman yang semanis mungkin....(gaya tersengih ye jugak...hehehe)....Ye saya seorang ibu yang melahirkan 2 orang anak prematured. Seorang istimewa dan seorang lagi tipikal. Alhamdulillah, ini rezeki dari Tuhan buat saya merasai dan menikmati erti sebenar rasa seorang ibu. Walaupun dengan cara yang berbeza dengan ibu2 yang lain, tapi sekurang2nya saya berpeluang untuk menjadi seorang ibu....yang diperlukan oleh anak2 saya untuk dikasihi dan disayangi dari lubuk hati yang paling dalam....

Kerana.....sekeliling saya, masih ramai kawan2 atau ahli keluarga sedara mara yang masih mendambakan gelaran 'ibu' ini....(masih belum dikurniakan rezeki cahayamata)...nilai rasa seorang ibu mmg tiada kata yang dapat digambarkan...

Kisah Teacher's Day

Ini memang kebiasaan saya tiap2 tahun menyediakan cenderahati untuk "kakak2 cikgu" Inas di sekolah. Rasanya ini bentuk hadiah yang plg simple penyediaannya tapi cukup untuk membuatkan cikgu terharu kan...?.. Bagi saya ibu yang menyediakan cenderahati ini buat "kakak2 cikgu" tu, turut juga rasa terharu dengan tema hadiah ini....."Selamat Hari Guru"....tak ternilai jasa mereka yang sanggup melayan dan memberi perhatian kepada seorang anak yang istimewa begini,,,,

Terima Kasih Cikgu...diatas segala kebaikan dan jasa yang diberikan kepada Inas...

Wednesday, May 16, 2012

Mee Goreng Paprik 1H1R

Another trying of recipe 1H1R...Alhamdulilah menjadi juga. Sgt best bila mencuba resepi 1H1R ni sbbnya benar2 rasa chef ini begitu ikhlas berkongsi resepi-resepi ini. 

Pada pengamatan saya dah dah berjaya cuba hampir 25 jenis resepi setakat ini, chef 1H1R ni mmg gemar menggunakan sos tomato dalam masakannya. Mmg teruja betul bila ada bezanya dengan staip resepi kita sendiri, at least kita ada pengalaman memasak dengan pelbagai rencah dan cara kan...:)

Untuk menu ini, as always simple aje stepnya....tapi tetap menjadikkk!..cayalahh...

Tuesday, May 15, 2012

Akhirnya wishlist ini dalam genggaman....:)

Sweet lah sgt bila En HB tanya...ada 3 pilihan hadiah dia nak kasi sempena aniversary kami yang ke 9 baru2 ni...opsss!...bukan sekadar tuk anniversari ajer, tapi katanyasekali harung ngan hadiah Mother's Day dan Birthday sekali....sighhh!...dok aci lahh....

a. Iphone 4s
b. Ipad
c. Samsung Tab...

Wahhh..haruslah saya nak yang ketiga tu. Padahal pilhan pertama atau yang kedua tu pun bukannya saya tau apa2 pun...x de pun survey google kat mana2 pun...Tapi cuma yang pilihan no 3 tu saya dah penah sentuh try guna yang my sister..rasa mcm best lah pulak (walaupun pada ketika itu tatau apa yang best nya...huhuhu)

Tapi sebenarnya, dah x jadik surprise pun pada saya ttg tawaran pilihan hadiah tu...hehehe. Sbb mmg saya pun yakin yang En HB nak sgt2 tukar hphone nya...biasanya kami mmg cuba seadil mungkin, kalau sidia dapat barang baru...sidia itu pun akan dapat jugak barang baru....Barulah rasa harmonikan dalam hubungan suami isteri itu....hehehehe..kan...kan...ye dakk?

Bila saya kata nak yang pilihan no 3, En HB terus bagi taklimat tuk beli yang model 7.7. Wahh..nmpk gayanya dalam diam dia mmg dah survey pun ttg gadget ni. Saya iyakan ajer lah...walaupun sebenarnya dlm hati sgt2lah excited....Tapi dalam diam saya, ada juga terfikir mcm "x membazir ke beli ni....padahal laptop dah ada?..."..... Tapi bila dah guna, barulah tau apa perbezaannya...


Nak pilih book cover ni pun satu hal...jenuh round bandar KT carik kedai (masa tu ada kat kg). At last jumpa yang ni, jenis leather kaler merah cenggini...cantik kan?....:). Harga mmg boleh tahan lah mahal nya, campur ngan plastik laminated tu adalah dalam RM230 jugakk..haihhh!...

Sangat excited bila dah ada dlm genggaman. Ambil pakej ngan Celcom BB. Samsung Tab 7.7 mmg sgt cool......:). Harap2 mmg benar2 memudahkan urusan saya lah....kan..kan..kan...

Dan, En HB telah pun seronok dengan hphone Samsung Galaxy Notes nya itu.......aminnnn!

Monday, May 14, 2012

Ayam Kurma 1H1R

Secara jujurnya saya mengaku yang saya sukakan menu ni. Kalau dipadankan dengan sambal belacan mmg terasa sungguh2 selera saya tertaut...hehehe, saya ni mmg selera saja orangnya....

Dan, bila cubaan menggunakan resepi favorite 1H1R saya ni sangat mudah....hasilnya mmg tetap memuaskan hati saya. Alhamdulillah, satu keluarga sukakan lauk ni....

Alhamdulillah..."Aku terima nikahnya..."


Pada 12 Mei 2012 baru-baru ni...Alhamdulillah.....dah selesai urusan majlis yang mulia ni....semoga semuanya mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya...

Sebahagian daripada barang-barang hantaran dari kedua2 belah pihak. Segan pulak rasanya dengan pihak yang sebelah sana sebab gaya design hantaran mereka nampak cantik dan gah ajer...yang sebelah sini, last minit punya touch up dengan x cukup barang itu ini....so mmg x nampak setanding lah.....(-_-)

Saat-saat yang sungguh bermakna buat kedua2 pasangan ini. Didoakan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa....Aminnnn


Sunday, May 13, 2012

Projek Apam Pokadot

Bila ada kesempatan dan waktu luang, mmg saya x akan lepaskan peluang nak try meng 'godeh' menda baru. Selama ni mmg geram sgt2 tengok kecomelan apam pokadot ni.....Dah byk kali pending nak try buat....Dan, at last ada juga peluang nak merealisasikan hasrat tu.....best sgt tauuu!...:)

Untuk percubaan kali ni, barang tambahan yang nak kena ada ialah cuma bekas apam plastik, brg2 lain mmg dah ready stok ada. Tataulah naper payah benar saya nak berjumpa ngan bekas apam plastik ni....2-3 tempat kedai pergi baru ada. Tapi saya still x puas hati dengan hasil ketembamam apam ni...kembangnya sungguh semacam ajer.....huhuhu

Nampak x?...hasil design mmg comel2 aje kan...tapi hasil kembangnya tu membuatkan saya x puas hati, mau saiznya kecik cinonet lagi...setelah disiasat, saya agak mungkin puncanya adalah daripada jenis paper cup yang digunakan tu dan juga saiz bekas apam tu yang mempengaruhi hasil apam pokadot ini...


Taraaaa.....nampak x?..ada jugak yang x lulus piawai hasilnya tu...huhuhu. mana yang nampak ala2 kempis dan x penuh cup tu, salah orang yang mendekonyalahh.....

Ni lah bahan-bahannya......Bab kaler2 tu mmg x de masalah sbb saya mmg ada byk stok since mula suka ngan deco2 cup cake dulu.

Ni masa belum masuk periuk kukusan tu, try tuk tamau guna lak bekas apam sebagai tadahan tu sbb konon2 beli cup yang tebal dan mahal sikit....nk tengok hasil dia cemana...dah ready tunggu turn ni

Tak bestlah mata memandang....kembang semacam ajer. Sampaikan mcm bersesak kat dalam loyang nak sbb masing2 nak mengembangkan diri.....huhuhu

Ni pulak try guna alas dengan bekas acuan tart tu...Hasilnya OK lah...

Taraaa....comel sgt bila tengok berkaler2 mcm ni kan...

Dan sebenarnya...adalah niat nak sponspor as a door gift tuk Majlis MIL hari tu......surprise ehhh!....:)
Related Posts with Thumbnails