Wednesday, August 10, 2011

Koleksi Disebalik tudung saji Ramadhan...part 1

Bulan puasa ni mmg meriah dengan pelbagai menu diatas meja. Sama ada yang boleh hanya "ditunjuk" di bazar2 Ramadhan mahupun hasil daripada ketang ketung sendiri di dapur...hehehhe. Bagi kami, mostly menu adalah from my kitchen...seboleh mungkin akan masak untuk juadah berbuka kami...Tapi ada juga yang mmg terpaksa beli sahaja di Bazar2 Ramadhan.....mmg banyak pilihan, tapi yang x tahannya ialah harga makanan yang sangat cekik darah rasanya...huhuhu

Seafood __________ apatah namanya?....lupa laaa...

Menu ni kami mencuba ketika kami berbuka puasa di Hotel Legend Cherating secara buffet. Ala2 masakan sos tiram gitu...sedap juga diratah begitu sahaja oleh saya....

My Mum Chicken Rice


Semua ni hasil "tunjuk" di bazar Ramadhan oleh En HB....hehehe


Nasi Ayam ni adalah menu pertama masa 1 Ramadhan yang kami sambut di rumah my sis kat Setiawangsa. Seronok rasa dapat memasak resepi Nasi Ayam my mom ni. Cuma, kalau guna beras basmathi lagilah rasa best lembut jer nasinya....


Aduhh!..nilah peneman setia ibu di dapur. Kalau tak diangkat begini, mmg rasa "serabut perut" lah ibu tuk memasak dengan jeritan si kecik Iman ni....hehehehe

Ikan percik kontroversi....huhuhuhu

Kenapa dikata kontroversi ni?.....Saja nak buat gempakk sikit..sbbnya sgt terkejut rega sekor ikan ni ialah RM5. Wahhh!...sbb tekak En HB nk makan, so pejam matalah juga membelinya....Insyallah, nnt saya akan masakkan ikan percik ni....(sure duk bersilat ngan asap tebal punya kat umah nanti...huhu)

Nasi kerabu bazar ramadhan juga....sedapp! saya mintak lauk kelempong (betul ke eja ni?..) goreng tu...


Ni dessert masa berbuka kat Hotel Legend Cherating hari tu....menarik perhatian dan sedap :). Cuma rasanya  menu2 buffet yg ada kat sini x banyak sangat....mujur juga pakej bilik + pakej berbuka disini ada promotion. So x lah rasa mcm x berbaloi sgt kan....

Ni dessert buah2an yang biasa ada kat umah kami.....terliur kan?...hehehe

Sambal Ikan Bilis Petai....mmg selalu bikin menggiurkan......huhuhu

Bubur Nasi saya....masukkan sambal ikan udang + petai + bilis goreng...mmg boleh abis licin 2 mangkuk...huhuhu, huduhnya selera!...


Ni Puding Caramel yang x ceria....tah kat mana silapnya, tak menjadi sgt rupanya...tapi rasanya tetap sedap...manis2 gitu bila dimakan bersama koktail....:)

Buah Melaka...
Nampak rupa sungguh segar dan mmg bikin menggiurkan juga. Tapinya kan......sbb lupa nk turunkan ilmu betul2 kat my maid...sudahnya "Kenapa Buah Melaka ni kulitnya tebal erkkk?"..itulah soalan yang En HB tanya pada saya...nak tersedak gelak saya mendengarnya. Rupa2nya..my maid hy letakkan "secotek" aje isi gula melaka...so mmg tawar ler...!...huhuhuhu 

Puding Caramel yang stabil je duk dalam mangkuk ni...hehehe

Tauhu goreng berinti ikan ini yg dicicah ngan sos pedas mmg peberet saya...my maid happy sgt bila dapat belajar buat kuih ni...

Taraaaaaaaaa.......jemput makan :)

Sesekali tekak hanya nak makan ikan bawal goreng kunyit cenggini jer. Peha ayam goreng tu semestinya yang my inas...Petai tu saya punya yer....hehehhe

Cek mek molek ni.....disebabkan senang ajer nk membuatnya, makanya slalu sgtlah dibuat oleh my maid....sedap dimakan panas2 ni.....

Monday, August 8, 2011

Udah jatuh hati sama T.E.M.P.E...daaa..

T.E.M.P.E.....
Dari info ini - Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari orang melayu suku jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.
Protein soya di dalam tempe semakin mudah diceranakan dangan proses penapaian. Secara khususnya, (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyaknya oleh kultur Rhizopus. Dalam kedai tradisional membuat tempe, kultur pencetus sering kali mempunyai bakteria berguna yang menghasilkan vitamin (seperti vitamin B12). Di negara-negara Barat, menjadi kebiasaan bagi menggunakan kultur tulen yang hanya mengandungi Rhizopus oligosporus. Disebabkan tempe dihasilkan daripada biji kacang, ia turut merupakan sumber serabut yang baik.
Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksin daripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijiran. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.
Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sosmasin, dan digoreng dalam minyak. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah. Tempe mempunyai pelbagai perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti cendawan. Tempe boleh didingin-beku dan tersedia dikebanyakan negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan.
Sambal kering tempe...best juga kalo diratah begitu shaja....

Hehehe....saje nk citer kat sini. Dulu2 kan, saa mmg tak mau rasa langsung tempe ni. Tak sedapp kononnya, padahal asalnya dibuat drpdnya soya...kan ke saya suka minum air soya?...pastu nk makan tempe tak sedapp lah kononnya...huhuhu, ngada2 kan bunyinya?........

Tapi kan, tu citer dulu...citer lama lah kononnya. Skrg ni, sejak dua menjak ada bibik ni...secara otomatiknya menu tempe ni mmg sentiasa ada kat umah. Lagipun, tempe ni kan mmg menu wajib bagi mereka.....so our bibik ni masak tempe ni dgn resepi dan ikut selera tekak dia lah. Bila dah selalu sangat dia buatkan, tergerak juga di hati saya untuk merasa.....

Sekali rasa...biasa2 je...dua kali rasa....capai lagi satu...tiga kali rasa mmg rasa serasi lah pulak dgn tekak ni...huhuhu. Malu lak rasanya....

Tempe celup tepung....

Dimasuk pula dengan daun kucai.....ratah saja pun ok jugak....Hinggakan my Inas pun suka bangat ngan tempe ni......Lar haiii....best rupanyakan?.....

Wednesday, July 27, 2011

Perfect Living Home fair....

p/s:..yang mendorong juga saya kesini ialah..welcome giftnya ialah bekas tupperware kecik...haaa! dapat jugak grab 3 bekas...luv itttt lah! hehehe.

So loving couple...:)

Boring hari ni.....so ajak En HB pi jln2 cuci mata kat pameran Perfect Living Home faor ni kat ballroom Hotel Zenith yang baru tu....so dapatlah merasa masuk ke ballroom ni..


Mmg boleh rambang mata bila datang sini....kalau duit segunung, mmg best kan...hehehehe

Sungguh2 En HB suh amik pic cth landskap yg cantik2 + sejuk mata memandang ni. Ada hati lah nk bina sendiri landskap cenggini kat lama kami yg sekangkang kera nun....ermm, mana tau kan...ada rezeki kami...sure our mini garden pun boleh cantik mcm gini...apa2 pun, bajet mesti adaaa.....kan..kan..kan..huhuhu

Teruja juga nengok blender canggih cenggini.....kalau dapat mmg best ni!

Mcm2 alat memasak serba canggih sekarang ni...bikin terliur daaaa...


Comel lote je kenit mesin jahit ni...kalo ada minat menjahit, sure dah sambar satu...






Brg2 perhisan rumah yang serba memuakau mata memandang.....Kalo lah saya ni tak fikir sayang ke duit, mmg dah lama memborong ni....

Logik ke?...mungkin logiklah utk brg yang rega 10k ke atas......heheheh

Ni idea yang baik buat kami...mengintai2 design meja makan tuk wishlist saya yr 2012, hehehehe...awalnya duk simpan wishlist....Insyallah, mmg target at least hy satu brg rumah yang dibeli /diupgrade dlm setahun.....jangan lupa tau En HB....muahhh!

Yang manis2 saja....

Big apple....sebenarnya nama khas tuk aneka jenis manis2 kuih donut tu....Asalnya rupa yang warna warni dah perasa manis2 tu yg membuatkan kita bikin jadi terliur!....yummmy...slurppp!

Mini donutt....x penah cuba rasa lagi ni...sedap ker?


Ni yang saya pilih....baru perasan harga dah naik lagi...baru naik ke dah lama erkkk?

Lepas tu..lepak pulak kat Baskin Robbins ni...huhuhu, sgt manis2 lagi...dan tahu2 je lah, reganya mmg boleh tahan mahal...tapi besttt!...


Tak boleh makan sokmo2 ni...manisnya mmg tahap boleh potong kaki...huhuhu



Habis dahhh.....

Friday, July 22, 2011

Iman at 6mths


Solid food
Kalau ikut pada umur Iman tgk dunia, semalam genap umurnya 6 bulan. Dan...her tukma apa lagi, sgt2 excited suh mula bg Iman makan.....katanya sbb Iman dah selalu sgt hisap nyonyot jari dia walaupun padahal br leas fedding....mcm x cukup kenyang...lapar katanya....


Ibu lak...lbh prefer ikut nasihat doktor....tunggu corrected agenya betul2 6 bulan br boleh introduce ngan solid food, sbb risau kalau2 ada masalah dgn ususnya nanti. Now corrected agenya baru 3mth++.....Tapi tulah, serba salah dibuatnya, bila tuk me n bibik sepakat juga buatkan Iman bubur nasi yg dikisar with carrot n ikan bilis.....


Mmg nampak iman sgt excited nk makan...."pechap..pechap" mulutnya berbunyi bla dapat merasai makanan masuk dlm mulut dan terus ke perut....rasa seronok pulak melihatnya...



Dan alhamdulillah...kekerapan buang air besar dan najisnya adalah elok...so legalah sikit hati ibu. Iman cuma makan sekali bubur tuk tengahari dan petangnya minum petang dgn pisang lecek atau pun kentang kisar...


It's fine..kalau x dpt abiskan...sbbnya target awal bukanya nk suh Iman kenyang pun, tapi lebih kepada nk suh Iman kenal rasa makanan kan...Insyallah, kalao boleh tamau introduce Iman dgn solid food yg ready made jual kat kedai nun.....mau semua disediakan di rumah ajer.....

Note:..4kilos at 3mth++ corrected age..alhamdulillah!

Sunday, July 17, 2011

Sukan Rakyat UCSA

Hari ni ada program Sukan rakyat UCSA, so semua mesti hadir....pertandingan antara staff dan juga pelajar2....so, ayah tinggal kat umah look after Inas...baby Iman mcm biasa ngan bibik...kat umah atuk & tukma...

Bola Sepak Kain Sarung

Rumah kuning....

See...16 Julai, today is my bestday...:)..kena pulak dtg kat padang MPK ni...X pe, lepas ni boleh celebrate makan2 ngan family....

Rumah Hijau...

Rumah Merah...

Acara Sumpit Belon....hanya tuk ahli lembaga pengarah sahaja yang terlibat


Rumah Biru





Hadiah2.....




Saya tak amik bahagian pun.....Hajat hati mmg nak terlibat main juga, tapi entah lah...naper jugak x join yer...

Tuju tin...


Khusyuk sedang bg sokongan pada rumah sukan.....


Related Posts with Thumbnails