Friday, May 31, 2013

Gila Tupperware.....!!

Tajuk entry ni bunyiknya agak terlampau kan...huhuhu!...

Itulah hakikat sebenarnya semenjak awal tahun 2013 hari tu....Semuanya bermula ketika saya sign up menjadi ahli dan layak mendapat diskaun 25% dari harga retail @ promosi. Sebelum itu, ada juga membeli barang Tupperware ni dengan kaedah main kutu...bayaran 2-3 kali...hehehe, maklumlah....harga nya boleh tahan mahal juga...

Mahal?....Mungkin ya tapi bila dah terbukti dengan kualitinya membuatkan saya tidak teragak2 atau berkira untuk membelinya. Asalkan design berkenan dihati dan keperluannya untuk diguna pakai, mmg sah lah saya mesti nak dapatkan koleksinya. Huhuhu...harap2 ini benar dengan kata pepatah "alah membeli menang memakai"...

Memang koleksi dah agak banyak....Tapi dengan harapan saya nak guna dengan sebaiknya, bukan sekadar buat koleksi untuk disimpan sahaja. Cuma, ada sikit kelecehan....tiada tempat yang sesuai untuk disimpan, untuk senang dicapai bagi kegunaannya. So, terpaksalah selit sana...selit sini untuk simpan. Kalau tak, hanya letak dlm kotak mmg lah jawabnya payah nak tarik keluar untuk guna. Salah satu wishlist 2013 ialah nak tambah kitchen kabinet, tapi nampak gayanya....dah near setengah tahun pertama ini, wishlist itu terpaksa di pendam dulu...-> ada perkara lain yang lebih penting tuk didahulukan.....

Sedar ke tak....purata dalam sebulan at least RM100 spend beli bekas Tupperware ni....Tapi ada jugak yang terlebih bajet.....melampau tak?.....Adoiiiih!....

Saper nak?....Boleh beli dengan saya dengan harga diskaun 25% juga tau......@_@. Manalah tau kan...kut2 satu hari nnt saya jadik businesswomen Tupperware yang berjaya....jom kumpul modal beratus ribu raban dulu...huhuhu!

Friday, May 17, 2013

Jiwa kacau: Kolestrol jahat itu.....huhh!

Semalam, saya follow En Hb tuk membuat ujian darah bagi keperluan temujanji doktor di HTAA ptg ni. Bisanya, saya amik juga peluang ni untuk hulurkan jugak lengan bagi dibuat juga beberapa ujian darah. Last sekali ialah pada akhir Sep 2012 thn lepas. Tika tu, kandungan gula dan paras kolestral adalah melebihi dari pagar yang sepatut......(-_-)

Usai dah amik darah, sangat berdebar ok tuk menunggu hasil ujian itu. Jam 3pm, En Hb sms me...

Cholestrol 7.41 (00 - 5.2)

LDL Cholestrol 5.72 (00 - 4.1)
FBS Glucose 69 (4.1 - 5.9)


Memang tak happy lah kan....(-_-). Balik rumah terus geledah carik smula result blood test yang last 2 time. Jumpa..dan mmg ternyata paras kolestrol tu mmg makin lama makin naik...dalam tempoh 1 thn 2 bln....dari 6.3 - 6.7 - 7.4...gulppp!.....Betul2 buat saya tak tido malam tadi...

Risau sangat bila duk google...mcm2 info dpt...especially bila bab citer ada kaitan ngan penyakit jantung tu mana lah tak risau tahap gaban kan...sbbnya dalam keluarga mmg ada keturunan sakit jantung ni....Tokki dan Mama saya pesakit jantung.....Mmg minta dijauhkan sangat.......takut sangattt!..

So, hari ni mulalah crk info dengan googling sana sini lagi. Bertanya kpd kwn2 yg penah alami tngi kolestrol ini dan berjaya turunkan semula. Akhirnya, yang terbaik adalah perlu mengamalkan pemakanan dengan Oat...Honestly speaking, tekak saya mmg tak berapa nak beri laluan tuk telan Oat.....adoiiii!

Hasilnya, selepas terpaksa rela mengalah....saya tergesa2 jugak mencari Quaker Oat ini. Doakan saya agar (target dalam masa 3 bulan) konsisten dapat mengambil Oat sbagai pemakanan utama demi menurunkan paras kolestrol saya untuk kesiahatan yang lebih baik. Insyallah....

Thursday, May 16, 2013

Cerita tentang semangat yang goyah

Lately terbit rasa upset dengan diri sendiri. Kenapa?...

Tentang diet dan weight loss challenge yang tak menjadi-jadi punggg.....:(
    Sendiri menyampah bila tengok pics yang diambil. Rasa mcm rupa masa berat nanang 80kilos++ dulu-dulu (walaupun hakikatnya sekarang berat naik sikit-skit ajer, tapi lepasi BMI normal lahh...). So bila mcm tu, mulalah keyakinan diri pun agak merosot jugak. Tak bagus kan?

    Seringkali niat untuk betul-betul berdiet itu hadir dengan bertubi-tubi. Selalu ingatkan diri sendiri "Kalau dulu boleh berdisiplin, kenapa sekarang tak boleh kan"?....Tapi....bila sampai time makan, dah banyak kali saya tewas dengan nafsu makan yang luar biasa seleranya :(.

Mungkin kerana :
  •     Memasak untuk suami dan anak-anak, bila ada depan mata asal niat nak rasa sikit tapi biasanya memang kecundang jugaklah makan sampai kenyang
  •     Tak mau sentuh nasi, tapi bila datang suara bisik-bisik kata " lauk tu sangat sedap kalau lawan ngan nasi, rugi kalau tak jamah"....(-_-)
  •     Minat dan hobi untuk mencuba pelbagai menu dan resepi baru, membuatkan saya sentiasa kalah dengan alasan "sekali ini saja, tak pe kan..?"...(-_-). Especially, tengah jadik trend sekarang ni ramai yang mencuba aneka kek dan savory 
  •     Bila bertandang ke rumah parent, biasanya mmg x dapat nak tahan juga selera bila terpandang menu masakan mama, air tangan mama memang sentiasa terbaik....
  •     Duk google sana sini pasal blog masakan, mmglah buatkan saya rasa tak sabar-sabar nak cuba hasilkan masakan dengan air tangan sendiri.....
  •     Cuaca panas, mmg saya selalu juga tewas dengan air batu...
Rasa byk sangat dah alasan nihhh......

Monday, May 13, 2013

Mei yang diduga lagi....

5 Mei 2013
Jam 4:30pm, terima call dr En Hb yang bekerja pada hari ini -> "Abg accident jatuh, lutut sakit dan bengkak. Datang segera ambil abang". Saya bergegas bersama abah untuk menjemputnya, jarak rumah abah hanya 3.5km ke ofisnya.

Jelas nampak kerut dahi abang menahan kesakitan. Bengkak lututnya semakin ketara, hanya bertahan sakit dengan meletakkan ketulan air sementara malam.

6 Mei 2013
Esoknya, minta dirujuk ke KSH. Doc consultant ortopedik meramalkan bengkak terjadi akibat dari pendarahan didalam. Lepas di X-tray, alhamdulillah tiada tulang yang patah dan jangkaannya tepat, ada berlaku pendarahan didalam. Doc melakukan prosidur membuang darah dengan menyedut....serta merta bengkak lutut itu surut seperti sedia kala. Tapi abang bagitau, tetap rasa sakit yang amat dan sukar untuk berpijak untuk berjalan.

Admitted, untuk Doc terus membuat rawatan. Test MRI dicadangkan untuk mengesan ada sebarang koyakan tisu atau sebagainya. Tiada nasib untuk mendapat bilik single, terpaksa bermalam di bilik 5 katil. Kurang selesa tapi tetap kena bersabar kan?....

Mintak kluar sekejap, balik umah kemas2 barang2 En Hb, jam 9pm htr semula abang ke wad KSH

7 Mei 2013
Hanya berehat sepanjang hari kerana hari ini adalah cuti umum. So tiada apa2 prosidur yang dilakukan.

Petang, abang balik kerumah lagi dan hantar semula ke KSH jam 8:30pm.

8 Mei 2013
Result MRI dah ada, mmg ternyata ada berlaku ligamen putus dan terkoyak. Bad news :(. Schedule for operation to re-construct ligamen tu.

Petang,balik lagi ke rumah, malam dihantar semula balik ke KSH oleh adik saya, lega dan dapat saya berehat hilangkan lenguh2 badan akibat kehulur hilir sana sini...

OMG, glukose abang sangat tinggi 18 okehh!......ermm..

9 Mei 2013 
Done operation yang took almost 5 hours. Sgt resah saya menanti dalam kelam kabut urusan anak-anak dan kesana kemari. Lepas maghrib tgk keadaan hubby sgt lemah, kesan dicucuk morphin (ubat tahan sakit) yang sangat kuat. Masih tiada lagi kekosongan bilik single.

En Hb minta dibelikan tongkat untuk mudah ke bilik air. Mujur ada dijual di farmasi hospital dengan harga RM75.

Rasa mcm nak bermalam menemani abang jer di wad, tapi bila mengenangkan dua anak kecil dirumah hanya bersama maid rasa mcm tak patut pulak. My parents tak ada kat sini sebab bercuti ke Kedah-KL, kalau tidak pasti dapat hantar anak2 ke rumah sana untuk menumpang teman tido dan saya dapat berada di sisi En Hb....

10 Mei 2013
Saya mohon EL (kali pertama dalam sejarah kerja) hari ini kerana ingin berada disamping En Hb. Bantu uruskan keperluan dia untuk mandi dan makan minum. Lewat petang alhamdulillah, baru ada kekosongan bilik single. Sangat luas biliknya....

Harap En Hb dapat berehat dengan sebaiknya...

11 Mei 2013
Hanya mampu jam 10am sampai di KSH, belikan hubby nasi lemak dan kuih muih yang dipesannya.

Doc datang visit dengan membuka balutan. Mencuci bahagian jahitan dan menukar balutan. Ohh! tersangat ngeri ok......sempat saya snap berkeping2 juga pics sebagai tanda kenangan nanti....

Petang, bawa our little Iman melawa ayahnya. Mmg sudah diduga, as always dia tetap dengan tahap keaktifan yang macam-macam tu. Tapi, tetap cute sangat.....:)

12 Mei 2013
Pagi beli kuih dan bawa teman my Iman lagi sekali melawat ayahnya. Doc datang visit dan bagi pakai braces (betul ke tak eja nih) untuk dipakai dilututnya sebagai bantu kaedah buat exersice membengkok kan kakinya. Dan boleh discaj hari ini...Alhamdulillah.

Tapi punya lah tunggu, hampir 3 jam baru settle urusan bil dan boleh discaj.

Berat + pening kepala ibu melayan karenah Iman. Disuruhnya tido tapi mcm2 omelan dia....aduhhhaiiii!....

Sebenarnya, jaga orang sakit ini mmg banyak dapat pahala sebabnya kita yang menjaga ni kena banyak bersabar dengan karenah pesakit. Tapi, pengakuan benarnya....bila kita yang sihat ni kononya kena jaga orang yang sakt..secara semulajadinya kita pun turut rasa sakit.....ermm..sakit apa?...macam-macam lahh!....

Related Posts with Thumbnails