Friday, August 31, 2012

The best ever Western Food.....

Walaupun kewujudan restoran ni dah lama juga...(hampir 2 tahun kutt..) dan hanya lbh kurang 5 km dari rumah kami, tapi baru kali ni kami datang jengah test selera kat sini. Itu pun setelah saya beria duk google mencari review orang ramai yang berkunjung ke restoran ni...Bukannya apa, yang pasti saya nak sah kan dari segi ke HALAL an menunya itu......

Ini pics kunjungan kami kali ke 2 datang dating berdua ajer....:)



Bila dah sahih HALAL, makanya saya terus ajer cadangkan kat En HB....oleh kerana kami berdua ni mmg penggemar Western Food, mmg lajulah je lah kan....hehehhe



Yupp...yup..yup...mmg sungguh2 tidak menghampakan. Sangat sedap ok....mmg boleh sokmo2 datang sini tapi dengan syarat sediakan duit secukupnya ya. harganya mmg agak mahal, tapi dengan hidangan portion besar yang diberikan dan tahap kesedapannya itu maka....mmg rasa berbaloi2 lahh....



Alhamdulillah...dah kenyangg!....:)...

lepas ni nak datang lagi...kat mana?...Cherating Steak House ya....jommm!

Thursday, August 30, 2012

Dating with my lovely BFF......muahhh!

Ni masih dalam mood beraya lagi tau...So, ambil peluang untuk mesti jumpa kawan2 baik saya ni....Walaupun kami ni mmg duk setempat kat hometown ni dan jarak pulak memang selinkungan selontar batu ajer, tapi dek kerana komitmen dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, terhadap keluarga dan juga kerjaya maka tidaklah kami sellau dapat bertemu mata.....

Ni kat rumah Fara (kanan sekali). Fulltime housewife Mama yang mempunyai 3 oarang anak yang comel2 dan cerdik. Dia adalah kawan saya sedara kecik lagi, dulu2 kami duk berjiran...sementelah pula mak kami pun berkawan rapat juga coz sama tempat keja....So dari skolah tadika, sek ren, sek men kami mmg membesar bersama2 lah....Banyak kenangan pahit manis dengan nya. Last 2 years, emaknya yang sangat baik itu telah meninggal dunia (Al-Fatihah buat Untie Misah)...semoga rohnya dicucuri rahmat.......aminnnn!

Yang kiri comel lote tengah duk pegang my Iman tu ialah Teacher Zam. Satu-satunya kawan rapat saya yang masih lagi solo n but not available lain dah....(ehem2....). Kami banyak kesana sini berdua especially yang melibatkan kawan2 yang lain. Tak sabar nak tunggu jemputan makan nasi minyak daripada dia ni......cepatlah :), x sabar rasanya sama2 nak meraikan hari bahagianya itu.....aminnn


Riuh rendah juga bila mana selain daripada kami yang nak bersembang itu ini, anak2 kami pun sama naik kecoh. Si Danny anak Fara tu suka sangat ngan my Iman, hamrir kecut perut my Iman nak lari daripada si Danny yang sokmo2 nak terkam dia.....hehehe

Ni pun sama, masih lagi dalam mood beraya jugak. Ni amsa kat umah keluarga Zam pulak, jemputan open house di rumahnya bersekali langsung majlis bertunang adiknya. So, kami pakat lah nak jumpa lagi kat sini...

Ni Wawa, kawan rapat hanya kenal ketika Form 3 di Sek Men. Tapi Alhamdulillah....dia mmg kawan saya antara yang terbaik penah saya jumpa....boleh berkongsi apa sahaja rasa dan perasaan dengannya. Juga menjadi contoh anak yang baik, sanggup korbankan masa dan tenaga berulang alik dengan komitmen kerjaya dan juga menjaga mamanya yang sakit diseran strok. Semoga Tuhan merahmati keikhlasan dia....Semoga Tuhan perkenan doanya untuk menimang cahaya mata......aminnnn


Riuh rendah dan huru hara jugak duk kontrol dan bagi arahan kat anak2 masa nak posing nih...huhhh!


Bahagia je rasanya bila tatap koleksi pics yang ada. Doa saya agar ikatan persahabatan kami ini berkekalan selama-lamanya.....aminn.....

Wednesday, August 29, 2012

Puff sardine

Terliur je bila tgk pic kat wall kawan yang dia pos pasal Puff Sardine ni....Bila mohon nak share n try nak buat daripadanya, rupanya recipenya sungguh mudah ajer...x leceh pun...membuatkan saya mmg x sabar2 nak mencuba buat lebih-lebih lagi bila tau caranya dengan membakar, bukan dengan menggoreng. Tapi, tetap juga takes time untuk membuatnya...banyak kali jugaklah tertangguh....

Penyediaan bahan-bahan untuk intinya...

Kentang yang direbus kemudian dipotng dadu

Karot 

Bawang untuk menumis

Ikan sardin yang diasingkan kuahnya

Tumis bawang-bawang itu sekalian dengan minyak yang sedikit, masukkan carrot, kentang dan last sekali masukkan ikan sardin. Kacau sebatikan. Siap!! Readu tuk nak bungkus dalam Roti Paratha tu...Lebih mudah nak balut inti kalo guna Plain Roti Paratha tu....dan depends pada brand gak ut...(saya lupa la pulak apa brand yang saya guna ni....huhuhu)

Balut2 comel2 cenggini....

Taraaa...siapp!..dah buleh makan pun buat hidangan menum pagi @ petang.....nyum..nyum..nyum...

Saturday, August 25, 2012

Riang ria raya 2012 - part 2

Ni geng lelaki dalam keluarga kami. Geng pompuan x dapatlah sempat nak snaps, memasing sibuk riuh rendah ngan anak2...berkejar sana sini....suap makan itu ini...hehehe

En Hb with her FIL sedang bermaafan sesama mereka....seronoklah sangat dia sbb kali ni dapat duit raya.....huhh!..jeles betul lah saya....


Family kecil saya....Payah benar nak snap pic yang cantik molek posing nya gara2 dua orang anak dara saya ni. Kalau kakak dah cun posing, siadik pulak yang menggedik duk tak diam...bila adik yang molek dah fkus, si kakak pulak excited duk x diam....aishhhh!....

Kelaurag Kak Long...serba kuning hijau depa seme Raya kali ni.....:)

Sebahagian daripada ahli keluarga besar Tok Wan Timah.......

Kami semua berkumpul dirumah Mak Lang ni. Sebabnya Tok Wan kami ada disini, maka seme anak...cucu2...cicit2 nya.. Sessi makan-makan menikmati juadah raya mmg superb lah..penuh meja dengan hidangan yang macam-macam....Masa ni, kalau c beringat mmg cfm perut sentiasa full dan ketat...owhhh! Sungguh x tidak bagus kan......Tapi bak kata my mak sedara "Tak apa makan banyak pun..."HARI INI JER".....hushh!....kalau tetiap hari duk ulang statement yang sama...jawabnya.......apa?...jawab sendiri lah yer kalau badan naik bagai dipam2...huhuhuhu har dibuatnya..


Pic ni mcm dah cantik molek sikit antara pic2 yang lain...tapi mcm blur lah pulakk!.......adoiiiii

My Family......love themmm!



Ada ramai lagi sedara mara yang x bertemu muka ni....Tak per, ni baru Hari Raya yang pertama, kan ke kita buleh raya sampai sebulan gitu?...hehehehe...

Kalau rajin, nnt nak upload lagilag pic raya yang lagi 29 hari tu....hehehe

Monday, August 20, 2012

Riang ria raya 2012 - Part 1

2nd time beraya dengan sikenit ini...mmg terserlah keseronokan dia dan juga mencuit hati kami sekeluarga....

Alhamdulillah setelah sebulan kita semua menjalani ibadah puasa, maka tibalah harinya utuk kita meraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira. Aidilfitri kami kali ini disambut dengan penuh bahagia bersama keluarga tersayang....

Bersama Abg Imran dan Kak Imeen nya...

Tambah lagi sorang....Adik Ian pun ada juga....



Ahli keluarga baru..Baby Naily yang terlentuk tido tu atas pangkuan mamanya....

As always, pepagi raya selepas balik dati solat sunat Aidilfitri...kami mmg amik peluang tu berposing gambar keluarga terlebih dahulu. Mmg riuh rendah dibuatnya dengan pelbagai keletah anak-anak yang ada ni....yang harus menggamatkan keadaan ialah semestinya my Iman tu.....

Bersama chenta hati saya...Tahun ni beraya theme color kami ialah Gold + Soft Yellow + Light Brown...kombinasi kaler yang menarik bukan....hehehe

With my angle precious Kak Inas......



Juadah raya mmh superb, x sempat sikit pun nak snap sbb sgt2 busy x cukup tangan dah ni....T.Kasih kat mama sebab sediakan juadah raya yang pelbagai ~ Rendang ayam, Nasi Minyak, Kuah Kacang, Nasi Impit, Ketupat Palas......fuhhh!

With Kak Inas lagi...tapi my precious ni dah dalam persalinan yang kedua dah...:)

Love till forever...my lovely parent yang turut sama juga dengan gandingan theme color yang sama....

Lepas dah puas berposing sakan, kami mula gerak nak pi ziarah our Tok Wan pulak, serta nak beraya memohon ampun dan maaf dengan sanak saudara pulak.....

To be continue ya...
Related Posts with Thumbnails